the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kerugian kes jenayah komersial catat peningkatan 207.6%

KUALA LUMPUR: Jumlah kes jenayah komersial mencatatkan peningkatan sebanyak 34.3 peratus dengan 4,741 kes kes melibatkan kerugian RM558 juta setakat 11 Feb tahun ini, berbanding 3,530 kes dengan nilai kerugian RM181 juta pada tempoh sama tahun lepas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata nilai kerugian dicatatkan turut meningkat 207.6 peratus dalam tempoh berkenaan.

“Perubahan senario jenayah komersial ini menuntut ketekunan dan kesungguhan warga JSJK untuk memberikan perkhidmatan terbaik khususnya dari aspek siasatan dan pembanterasan.

“Sepanjang 1 Jan hingga 11 Feb 2024, sejumlah 2,065 kertas siasatan telah berjaya dituduh bersamaan 49 peratus daripada keseluruhan kertas siasatan yang dibuka,” katanya dalam sidang media mingguan JSJK di sini hari ini.

Beliau berkata jumlah itu adalah lebih tinggi berbanding jumlah yang dicatatkan bagi tempoh sama tahun lepas iaitu 1,736 kertas siasatan yang dituduh.

Menurut beliau, trend peningkatan kes dan nilai kerugian yang direkodkan itu merupakan satu cabaran kepada JSJK dan sehubungan itu, usaha bagi membenteras kegiatan jenayah komersial perlu dilipat gandakan bagi membenterasnya habis-habisan.

“Selain itu, penglibatan setiap lapisan masyarakat amat penting dalam memainkan peranan masing-masing khususnya dalam usaha pencegahan jenayah komersial ini,“ katanya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Lebanon and Israel set for next talks in Italy

Lebanon and Israel will hold their next US-brokered talks in Italy on August 4 as both sides begin implementing a plan for Israeli withdrawals and Lebanese army deployments.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings