the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, October 14, 2026
31.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kes kusta meningkat 40% tahun lepas

Special coverage

Budget 2027

Aid, taxes and what it means for your wallet.

Read our coverage

PUTRAJAYA: Kes kusta baharu dalam negara meningkat sebanyak 40 peratus kepada 256 kes pada tahun 2023 berbanding 183 kes tahun sebelumnya.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (gambar) dalam satu kenyataan sempena Hari Kusta Sedunia berkata peningkatan berkenaan berikutan pengukuhan aktiviti mencari dan mengesan kes secara bersasar di lapangan.

“Pengukuhan aktiviti ini adalah selaras dengan saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagi mencapai sasaran sifar kes kusta tempatan baharu menjelang 2030.

Pengesanan awal kes dan kontak rapat dapat mengawal penyakit kusta daripada terus merebak, manakala rawatan awal dapat mengurangkan dan mencegah komplikasi penyakit dan kecacatan kekal,” katanya.

Beliau berkata Kementerian Kesihatan (KKM) juga turut melaksanakan pemberian rawatan profilaksis Dos Tunggal Rifampicin kepada kontak rapat dan komuniti berisiko seperti saranan WHO sebagai langkah tambahan dalam mengurangkan risiko penyakit kusta.

Hari Kusta Sedunia disambut pada hari Ahad terakhir bulan Januari setiap tahun untuk memberi kesedaran dan pengetahuan kepada masyarakat bahawa penyakit itu masih wujud dan boleh menjangkiti kepada yang berisiko.

Tema Hari Kusta Sedunia pada tahun ini adalah “Hentikan Kusta” yang menyeru kepada semua individu, masyarakat, agensi kerajaan dan bukan kerajaan, pihak berkepentingan untuk bersama-sama dalam usaha mencegah penularan dan menghentikan jangkitan kusta di Malaysia.

Dzulkefly berkata individu yang mempunyai gejala dan tanda jangkitan kusta perlu menjalani ujian torehan kulitatau biopsi kulit bagi pengesahan diagnosis.

“Penyakit ini boleh sembuh dengan pengambilan ‘Multi Drug Therapy’ (MDT) yang perlu diambil setiap hari dalam tempoh 6 bulan sehingga 18 bulan.

Namun jika lewat atau tidak mendapatkan rawatan, pesakit boleh mendapat komplikasi seperti buta, kelemahan dan kecacatan kekal di otot kaki dan tangan,” katanya.

KKM juga menyeru setiap individu dan masyarakat melibatkan diri dalam aktiviti yang boleh mewujudkan kesedaran mengenai penyakit kusta.

“Persekitaran yang positif dan menyokong kepada pesakit dan individu yang terkesan dengan penyakit kusta amat diperlukan supaya kualiti hidup pesakit dipertingkatkan, stigma dan diskriminasi dapat ditamatkan dan sasaran sifar kes kusta baharu tempatan dapat dicapai,” katanya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Nearly 200,000 homes rescued from troubled housing projects since 2023 – Nga

Nearly 200,000 homes with a combined gross development value (GDV) of RM158 billion have been rescued from stalled, delayed or abandoned housing developments since 2023, Housing and Local Government Minister Nga Kor Ming told the Dewan Rakyat today.

Malaysia lags behind regional peers in hybrid rice technology, says minister

Malaysia needs to catch up with China, Vietnam and the Philippines in hybrid rice technology as it seeks to increase domestic rice production and strengthen food security, Agriculture and Food Security Minister Datuk Seri Mohamad Sabu said.

El Niño could drive fish offshore, hit coastal fishermen’s incomes

Coastal fishermen could see their catches and earnings decline if the anticipated El Niño phenomenon brings extreme heat, potentially pushing fish further offshore and beyond the reach of small-scale fishing boats.

Malaysia’s F1 return generates nearly RM950m in economic impact

Malaysia’s return to the Formula 1 calendar has generated an estimated RM950 million in economic impact, with Bahrain covering the hosting rights fees for the event at Sepang International Circuit (SIC).

‘Baba-Baba’ arrangements emerging alongside ‘Ali Baba’ practices: Minister

Rent-seeking in Malaysia appears to be taking on forms beyond conventional “Ali Baba” arrangements, with so-called “Baba-Baba” practices also coming under scrutiny, Economy Minister Akmal Nasrullah Mohd Nasir said.

Young Malaysians spend RM5.4 billion through BNPL schemes in six months

Malaysians aged 30 and below made RM5.4 billion worth of purchases through Buy Now, Pay Later (BNPL) schemes in the first half of 2026, with RM96.8 million in outstanding payments, as the government strengthens safeguards against excessive borrowing.

Most Viewed

spot_img