the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kes letupan bunga api: JKKPNS Siasat pengurusan hotel

SEREMBAN: Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Negeri Sembilan (JKKPNS) telah mengeluarkan arahan kacau ganggu bagi kawasan kemalangan kes letupan serpihan bunga api di sebuah hotel di Port Dickson dalam kejadian Ahad lepas.

JKKPNS dalam kenyataan memaklumkan langkah itu bertujuan menjalankan siasatan lanjut terhadap pihak pengurusan hotel selain merampas beberapa dokumen berkaitan kerja yang dijalankan.

Menurut JKKPNS, menjadi tanggungjawab majikan di bawah Seksyen 15(1) Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 untuk memastikan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.

“Majikan mempunyai kawalan penuh terhadap sebarang aktiviti di tempat kerja, perlu membuat analisis risiko dan mengadakan kawalan risiko yang berkesan sebelum sebarang aktiviti kerja dijalankan.

“Hal ini bagi menghapus atau mengurangkan risiko keselamatan terhadap pekerja dan orang awam serta mengelakkan berlakunya kemalangan semasa aktiviti kerja dijalankan,” menurut kenyataan itu di sini hari ini.

Jelas kenyataan itu, JKKPNS memandang serius setiap kemalangan mahupun penyakit pekerjaan yang berpunca daripada mana-mana aktiviti dalam setiap sektor pekerjaan, selain komited meningkatkan tahap keselamatan dan kesihatan pekerjaan di dalam negara.

Semalam, media melaporkan seorang lelaki tempatan berusia 40 tahun maut akibat kecederaan parah di muka dan badan selepas terkena serpihan bunga api yang meletup di bahagian bumbung bangunan tempat letak kenderaan di hotel berkenaan.

JKKPNS memaklumkan siasatan awal mendapati mangsa bersama tiga rakannya sedang menyiapkan pemasangan bunga api bagi sambutan ambang tahun baharu di hotel terbabit sebelum ia meletup secara tiba-tiba pada 11.50 pagi.

Susulan itu, JKKPNS mengarahkan sepasukan pegawai penyiasat untuk menjalankan siasatan sebaik menerima maklumat mengenai kejadian. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Gorilla Technology Completes Acquisition of Shackleton Finance and Launches Gorilla Tech Capital

London, United Kingdom - Newsfile Corp. - 1 July 2026 - Gorilla Technology Group Inc. (NASDAQ: GRRR) ("Gorilla" or the "Company"), a global solution provider in Security Intelligence, Network Intelligence, Business Intelligence, IoT technology and data centres, today announced the successful signing and completion of its acquisition of Shackleton Finance Limited, establishing the foundation for Gorilla Tech Capital, the Company's dedicated regulated capital platform.

#LUXMyWill: Beauty Brand LUX Turns “#BuryMeInThis” From Social Media Trend Into Legal Declaration

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 1 July 2026 - Global beauty brand LUX, in collaboration with VML Singapore, has launched #LUXMyWill — an initiative that transforms one of social media's most talked-about beauty trends into a formal, lasting declaration of personal style.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings