the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, October 14, 2026
31.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kes pembunuhan Zayn Rayyan: Siasatan sudah capai 90% – KPN

Special coverage

Budget 2027

Aid, taxes and what it means for your wallet.

Read our coverage

KUALA LUMPUR: Siasatan berhubung kes pembunuhan kanak-kanak autistik Zayn Rayyan Abdul Matiin kini sudah mencapai 90 peratus, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Hussain (gambar).

Beliau berkata ia melibatkan siasatan dalam pelbagai sudut, termasuk saintifik, forensik serta konvensional, dan selain itu polis sedang memperincikan identiti suspek.

Katanya kesemua saksi yang pernah diambil keterangan sebelum ini mungkin akan dipanggil semula termasuk ahli keluarga Zayn Rayyan bagi melengkapkan siasatan.

“Buat masa ini motif (pembunuhan) adalah sangat penting dan kita tidak mengetahui apa motif sebenar kanak-kanak itu dibunuh,” katanya dalam sidang media khas di Ibu pejabat polis Bukit Aman di sini, hari ini.

Pada 5 Dis lepas kanak-kanak berusia enam tahun itu dilaporkan hilang di Damansara Damai di sini, sebelum ditemukan meninggal dunia berhampiran aliran anak sungai, kira-kira 200 meter dari blok rumahnya di Apartment Idaman pada keesokan harinya, dan bedah siasat mendapati kanak-kanak itu dipercayai dibunuh.

Razarudin berkata ujian patalogi tidak akan dibuat lagi melainkan terdapat maklumat baharu, sekiranya ada tangkapan selepas ini.

Berhubung bantuan yang diterima daripada pihak Interpol, Razarudin berkata pihaknya hanya menerima laporan daripada segi saintifik dan forensik dalam membantu siasatan kes itu.

Semalam, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata polis tidak akan menghentikan siasatan sehingga petunjuk baharu diperoleh, dan setakat ini polis telah merakam keterangan 225 individu, selain mengumpul 248 sampel asid deoksiribonukleik (DNA).-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Nearly 200,000 homes rescued from troubled housing projects since 2023 – Nga

Nearly 200,000 homes with a combined gross development value (GDV) of RM158 billion have been rescued from stalled, delayed or abandoned housing developments since 2023, Housing and Local Government Minister Nga Kor Ming told the Dewan Rakyat today.

Malaysia lags behind regional peers in hybrid rice technology, says minister

Malaysia needs to catch up with China, Vietnam and the Philippines in hybrid rice technology as it seeks to increase domestic rice production and strengthen food security, Agriculture and Food Security Minister Datuk Seri Mohamad Sabu said.

El Niño could drive fish offshore, hit coastal fishermen’s incomes

Coastal fishermen could see their catches and earnings decline if the anticipated El Niño phenomenon brings extreme heat, potentially pushing fish further offshore and beyond the reach of small-scale fishing boats.

Malaysia’s F1 return generates nearly RM950m in economic impact

Malaysia’s return to the Formula 1 calendar has generated an estimated RM950 million in economic impact, with Bahrain covering the hosting rights fees for the event at Sepang International Circuit (SIC).

‘Baba-Baba’ arrangements emerging alongside ‘Ali Baba’ practices: Minister

Rent-seeking in Malaysia appears to be taking on forms beyond conventional “Ali Baba” arrangements, with so-called “Baba-Baba” practices also coming under scrutiny, Economy Minister Akmal Nasrullah Mohd Nasir said.

Young Malaysians spend RM5.4 billion through BNPL schemes in six months

Malaysians aged 30 and below made RM5.4 billion worth of purchases through Buy Now, Pay Later (BNPL) schemes in the first half of 2026, with RM96.8 million in outstanding payments, as the government strengthens safeguards against excessive borrowing.

Most Viewed

spot_img