the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

KESUMA, UM jalankan kajian penubuhan Suruhanjaya Pekerja Gig

PUTRAJAYA: Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) bersama Universiti Malaya (UM) sedang menjalankan kajian bagi merealisasikan penubuhan Suruhanjaya Pekerja Gig.

Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong (gambar) berkata laporan interim berkaitan kajian itu akan dibentang kepada Kabinet dalam tempoh tiga bulan akan datang.

“Kajian yang dilaksanakan (bersama UM itu) adalah tentang terma rujukan, fungsi, pengurusan kewangan dan keahlian Suruhanjaya Pekerja Gig,“ katanya kepada media selepas majlis pelancaran tajaan caruman Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) di sini hari ini.

Sim berkata KESUMA menyahut seruan penubuhan suruhanjaya itu selepas pengumuman oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika majlis penutupan Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 pada 2 Mac lepas.

Anwar dilapor berkata penubuhan suruhanjaya berkenaan adalah bagi melindungi hak 1.12 juta pekerja gig terutama dalam kalangan anak muda.

Sebelum ini, media melaporkan KESUMA akan menerajui sebuah jawatankuasa pelbagai kementerian dan pihak berkepentingan bagi merealisasikan penubuhan Suruhanjaya Pekerja Gig yang memberi keutamaan kepada keperluan sosial, pertikaian kontrak dan kemajuan kerjaya. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Lebanon and Israel set for next talks in Italy

Lebanon and Israel will hold their next US-brokered talks in Italy on August 4 as both sides begin implementing a plan for Israeli withdrawals and Lebanese army deployments.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings