the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
30 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Ketua Polis Johor: Jadikan wira negara terkorban pembakar semangat

MUAR: Wira negara yang terkorban ketika berkhidmat termasuklah 25 petugas keselamatan dalam tragedi di Bukit Kepong di sini perlu dijadikan pembakar semangat kepada pegawai dan anggota polis generasi baharu.

Ketua Polis Johor CP M Kumar berkata pengorbanan wira negara itu juga harus dijadikan pembakar semangat bagi rakyat negara ini dalam mempertahankan tanah air daripada pengkhianat.

“Insiden itu tidak boleh dijadikan sebagai ratapan kesedihan, sebaliknya menjadi satu perjuangan syahid yang sentiasa dicemburui.

“Peristiwa pada 23 Feb 1950 itu juga mencerminkan pengorbanan masyarakat setempat dalam bersama menjaga kedaulatan negara,“ katanya ketika berucap pada Majlis Memperingati Peristiwa Bukit Kepong Sempena Sambutan Hari Polis Ke-217 di Galeri Darurat Bukit Kepong di sini hari ini.

Pada majlis itu, sumbangan penghargaan turut disampaikan kepada waris-waris 11 pejuang negara yang terkorban semasa serangan di Bukit Kepong.

Untuk rekod, pada pukul 5 pagi, 23 Feb 1950, seramai 180 komunis menyerang Balai Polis Bukit Kepong sehingga mengorbankan 25 orang termasuk 14 anggota polis, empat pegawal kampung dan tiga polis bantuan. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

‘Data centres should be built away from homes’

'We believe data centres should not be located near residential areas due to their contribution to greenhouse gas emissions, noise pollution, urban heat island effect and (excessive) water consumption.'

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings