the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 1, 2026
32 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Ketua Setiausaha: KPT sentiasa sokong potensi mahasiswa ceburi bidang diminati

BUKIT MERTAJAM: Sektor pendidikan tinggi negara yang diterajui Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sentiasa menyokong potensi penuntut dan mahasiswanya dalam apa jua bidang yang diminati, termasuk dalam arena sukan.

Ketua Setiausaha KPT Datuk Seri Abdul Razak Jaafar (gambar) berkata selain menumpukan kepada kecemerlangan akademik, sumbangan mahasiswa kepada masyarakat, hubungan erat dengan industri, sektor pendidikan tinggi negara turut memberi penekanan yang sangat besar kepada usaha menggilap potensi dan bakat mahasiswa dalam sukan.

“Sama ada peringkat universiti, kebangsaan mahupun antarabangsa, serta segala pencapaian yang dirangkul oleh mereka dalam bidang sukan, ia telah membuktikan kita berada di landasan yang betul dalam memacu ekosistem kecemerlangan sukan negara.

“Kecemerlangan atlet-atlet Institut Pengajian Tinggi (IPT) kini semakin membuka mata semua pihak yang berkepentingan dalam sukan negara ketika ini,” katanya ketika berucap merasmikan Kejohanan Karnival Sukan Mahasiswa Universiti Teknologi Mara (UiTM) (KARiSMA) 2023 edisi ke-28 di UiTM Pulau Pinang selaku hos kejohanan, di sini, hari ini.

Beliau berkata kejayaan atlet wushu IPT Tammy Tan Hui Ling dari Asia Pasific University (APU) baru-baru ini, misalnya berjaya mencatat sejarah apabila merangkul pingat emas sulung negara menerusi acara qiangshu wanita, sekali gus menamatkan kemarau 38 tahun sejak penyertaan pertama Malaysia di Universiade Kobe, Jepun pada 1985.

“Itu merupakan suatu kejayaan paling gemilang atlet IPT dan juga sukan KPT sejajar dengan objektif kewujudan Dasar Pembangunan Sukan Institusi Pengajian Tinggi atau DPSIPT pada 2009 yang ternyata telah menjadi pemangkin kepada peningkatan prestasi atlet-atlet IPT,“ katanya.

Abdul Razak berkata KPT sentiasa dan terus memberikan sokongan yang padu terutama dalam menjaga serta menghargai kecemerlangan atlet dengan menawarkan Biasiswa Yang Berhormat Menteri Pendidikan Tinggi-Atlet Cemerlang IPT kepada individu yang layak.

Katanya sejak 2010 hingga tahun ini, lebih 1,900 atlet cemerlang di IPT layak menerima biasiswa berkenaan.

Mengulas mengenai KARiSMA UiTM 2023, beliau percaya kejohanan itu akan menjadi medan bagi mencungkil bakat-bakat baharu mewakili UiTM ke peringkat yang lebih tinggi.

“Pencapaian UiTM dalam mengekalkan kejayaan sebagai johan keseluruhan Kejohanan Sukan Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) 2023 baru-baru ini, juga memberi isyarat jelas bahawa program pembangunan sukan di UiTM berada pada tahap yang amat baik dan wajar dicontohi IPT lain,” katamya.

Sukan KARiSMA yang bermula dari 20 Sept (Rabu) sehingga 27 Sept menghimpunkan lebih 3,800 peserta termasuk 2,622 atlet dengan menawarkan 1,278 pingat keseluruhan serta 20 piala iringan dalam 42 kategori sukan dipertandingkan. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

L.K. Technology Announces 2025/2026 Annual Results

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 1 July 2026 - L.K. Technology Holdings Limited (Stock code: 558, the "LK TECH", and together with its subsidiaries, the "Group") announces the annual results for the twelve months ended 31 March, 2026 (the "Year").

ICONSIAM Captivates the World with Historic Rainbow Drone and Fireworks Spectacular, Showcasing Thailand’s Readiness...

BANGKOK, THAILAND - Media OutReach Newswire - 1 July 2026 - ICONSIAM, the global landmark and experiential destination on the banks of the Chao Phraya River, successfully concluded Pride Month 2026 with a historic celebration that captured worldwide attention and reinforced Thailand's position as a leading Pride-Friendly Destination.

MASA Singapore 2026 Presents Indonesia’s Creative Movement Across Takashimaya Square and Gardens by the...

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 1 July 2026 - MASA Singapore 2026, a multidisciplinary cultural movement celebrating Indonesia's contemporary creative movement, will take place from 2 July to 10 August 2026 across Takashimaya Square and Gardens by the Bay in Singapore.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings