the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Khairul Firdaus: MOTAC tidak pernah anak tirikan Perlis

IPOH: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) tidak pernah menganaktirikan mana-mana negeri termasuk negeri di bawah pentadbiran pembangkang dalam menyalurkan sebarang peruntukan bagi aktiviti pelancongan.

Timbalan Menterinya Khairul Firdaus Akbar Khan (gambar) berkata pihak kementerian telah mengadakan pelbagai sesi libat urus dengan memberi peluang kepada kesemua wakil kerajaan negeri mengutarakan isu berkaitan sektor pelancongan di negeri masing-masing.

“Inilah peluang sebenarnya untuk mereka (wakil kerajaan negeri) mengutarakan apa sebenarnya kehendak mereka.

“Malah, kita sentiasa menerima dengan hati dan pintu terbuka sebarang kerjasama ataupun sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan sektor pelancongan dan kebudayaan,“ katanya kepada pemberita selepas merasmikan Tasik Cermin 2 sempena Tahun Melawat Perak 2024 di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Perak Loh Sze Yee, Ketua Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Perak Datuk Redza Rafiq Abdul Razak dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Majuperak Holdings Berhad Syed Agil Syed Hashim.

Media hari ini melaporkan Kerajaan Perlis kecewa apabila tidak menerima maklum balas berhubung peruntukan daripada MOTAC untuk tujuan naik taraf lokasi pelancongan khususnya sempena Tahun Melawat Perlis (TMPs) 2024-2025.

Menteri Besar Mohd Shukri Ramli berkata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing juga tidak memberi sebarang jawapan berhubung permohonan kerajaan negeri untuk me­ngadakan pertemuan bagi membincangkan mengenai per­kara itu sebelum ini.

Menurut Mohd Shukri, kerajaan ne­geri memohon peruntukan berjumlah RM4 juta bagi menaik taraf lapan lokasi pelancongan di Perlis untuk memberi ke­selesaan buat pe­ngunjung sempena TMPs 2024-2025.

Mengulas lanjut, Khairul Firdaus berkata mungkin berlaku sedikit salah faham antara kerajaan Perlis dengan MOTAC berhubung isu peruntukan berkenaan.

“Kita (MOTAC) ada menyalurkan peruntukan pembangunan kepada Perlis dan kita juga mengadakan pelbagai aktiviti untuk merancakkan sektor pelancongan di negeri itu.

“Mungkin ada sedikit salah faham, tetapi tidak perlulah kita mahu bergaduh atau bertengkar berkaitan perkara ini kerana ia tidak membawa manfaat,“ katanya.

Terdahulu, Khairul Firdaus dalam ucapannya berkata Perak mempunyai pelbagai destinasi dan produk yang hebat hingga menerima pelbagai anugerah dan pengiktirafan di peringkat antarabangsa.

“Saya sangat yakin dengan usaha kerajaan Perak dalam merancakkan industri pelancongan negeri melalui perancangan dan strategi pelaksanaan yang tepat dan berkesan.

“Sebagai contoh, keindahan alam semula jadi di Tasik Cermin yang dikelilingi batu kapur, ia mampu menjadi daya tarikan utama yang dapat mengukuhkan kedudukan negara kita dalam arena pelancongan global,“ katanya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings