the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Khazanah Nasional terbuka kaedah strategi pertumbuhan Malaysia Airlines

KUALA LUMPUR: Khazanah Nasional Bhd, pemegang saham tunggal Malaysia Airlines Bhd (MAB), terbuka kepada semua kaedah bagi mencapai strategi pertumbuhan syarikat penerbangan nasional itu, termasuk mengukuhkan laluan jarak jauhnya.

“Kami terbuka kepada semua kaedah untuk mencapai strategi kami,” kata Pengarah Urusan Khazanah Nasional Datuk Amirul Feisal Wan Zahir (gambar) ketika ditanya sama ada dana kekayaan negara itu sedang mencari rakan kongsi lain dalam MAB.

Khazanah Nasional ialah pemegang saham tunggal MAB melalui anak syarikatnya, Malaysia Aviation Group Bhd (MAG).

Amirul Feisal berkata syarikat penerbangan nasional itu telah menunjukkan prestasi (yang baik), dan ia harus mengambil peluang untuk menjadi lebih berdaya tahan.

“Kini tumpuan adalah untuk membina produk yang boleh dibanggakan, serta pembangunan produk termasuk tenaga kerja, kejuruteraan dan operasi, yang masih diteruskan sehingga kini.

“Mengenai akses, kami menyedari bahawa pesawat itu sudah berusia, tetapi urusan penggantian mengambil masa kerana menghadapi isu rantaian bekalan global,” katanya pada taklimat media berkaitan Tinjauan Tahunan Khazanah 2024 di sini hari ini.

Terdahulu, Amirul Feisal berkata untuk aset syarikat penerbangannya, MAG, syarikat induk bagi syarikat penerbangan itu, ia meraih pendapatan bersih selepas cukai (NIAT) tahun penuh positif pertama pada tahun lepas sejak 2010, dan tiada suntikan modal tambahan diperlukan pada tahun tersebut.

Beliau berkata ini didorong oleh permintaan yang kukuh berikutan pemulihan dalam perjalanan antarabangsa dan domestik, kapasiti penumpang kembali ke tahap sebelum Covid-19, pengurusan kos yang berkesan, dan pengoptimuman aliran tunai. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Trump orders disclaimer signs outside museum of American history

The order calls on federal officials to "install temporary signage" on public walkways outside the building to "notify visitors that the Museum exhibits should be renovated" to reflect "accurate information regarding America's history."

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings