the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Konsultan didakwa muat naik iklan palsu guna gambar Tengku Bendahara Kelantan

KOTA BHARU: Seorang konsultan perniagaan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan memuat naik iklan palsu di Facebook yang kononnya sebuah kedai emas akan dirasmikan oleh Tengku Bendahara Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra Sultan Ismail Petra.

Tertuduh, Khairul Khizaini Zamsani, 29, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Nooriah Osman.

Mengikut pertuduhan, tertuduh bersama-sama dengan dua orang yang telah dituduh iaitu, Aznizan Yusof, 47, dan Nor Asri Che Husin, 43, didakwa menggunakan laman sosial Facebook secara sedar dengan mewujudkan dan memulakan penghantaran iklan perasmian kedai emas A&K Gold and Jewelleries dengan menggunakan gambar Tengku Muhammad Fakhry Petra, yang tertuduh ketahui iklan itu adalah palsu.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu pada 16 Okt tahun lepas padajam 6.55 petang di sebuah premis di Kampung Pasir Kota, mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Faiz Fitri Mohamad mencadangkan jaminan RM10,000 manakala tertuduh yang diwakili peguam Mohd Taufikrullah Rusli memohon jaminan dikurangkan.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin beserta syarat tambahan dikehendaki melaporkan diri di Balai Polis Gong Badak, Terengganu setiap bulan dan menetapkan 14 Feb untuk sebutan semula kes.

Pada Oktober tahun lepas, media melaporkan seorang pengurus dan pekerja kedai emas, Aznizan dan Nor Asri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menggunakan gambar Tengku Muhammad Fakhry Petra tanpa kebenaran untuk mengiklankan perasmian premis mereka di Facebook. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Lebanon and Israel set for next talks in Italy

Lebanon and Israel will hold their next US-brokered talks in Italy on August 4 as both sides begin implementing a plan for Israeli withdrawals and Lebanese army deployments.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings