the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
27.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kontena Israel terkeluar dari pelabuhan, pengendali diberi amaran keras

SEPANG: Kementerian Pengangkutan telah memberikan satu amaran keras kepada pengendali pelabuhan yang tersilap membenarkan kontena dengan logo syarikat berpangkalan di Israel, ZIM keluar dari pelabuhan dan berada di lebuh raya.

Menterinya Anthony Loke Siew Fook (gambar) berkata sebelum ini pihaknya telah memberikan arahan agar semua kotak kontena berjenama ZIM tidak keluar daripada pelabuhan dan mesti dikeluarkan ke negara asal mereka atau negara lain.

“Kita baru mendapat laporan…pengendali pelabuhan tersilap terkeluarkan satu kontena ini, jadi memang kita akan beri teguran kepada pengendali pelabuhan ini.

“Ia diberikan satu amaran keras bahawa kita tak nak lihat mana-mana kontena ini keluar dari pelabuhan kita dan apa yang sedia ada itu perlu dikeluarkan (dari negara ini) secepat mungkin,” katanya kepada media selepas menghadiri Majlis Pemeteraian Perjanjian Operasi dan Perjanjian Pajakan Tanah antara kerajaan dan Malaysia Airport hari ini.

Loke berkata demikian mengulas sebuah video tular mengenai lori kontena ZIM yang berada di lebuh raya negara ini pada 16 Mac lepas.

Beliau juga memberi jaminan bahawa perkara tersebut tidak akan berlaku lagi.

“Perkara ini tidak akan berulang. Kita hanya ada empat atau lima sahaja lagi kontena berjenama ini (yang akan dikeluarkan dari negara ini) malangnya ada satu terkeluar dari Pelabuhan,” katanya.

Disember lepas, Perdana Menteri Anwar Ibrahim memaklumkan kerajaan memutuskan tidak lagi menerima kapal menggunakan bendera Israel memasuki negara ini berkuat kuasa serta-merta, selain melarang kapal yang dalam perjalanan menuju ke Israel daripada memuatkan kargo di pelabuhan Malaysia.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan turut memutuskan menyekat dan tidak membenarkan syarikat perkapalan berpangkalan di Israel, ZIM berlabuh di mana-mana pelabuhan dalam negara berkuat kuasa serta-merta. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings