the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
32.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

KPDN Perak catat nilai rampasan lebih RM3 juta sepanjang empat bulan pertama 2024

IPOH: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak mencatatkan nilai rampasan berjumlah RM3,451,623 atas pelbagai kesalahan sepanjang empat bulan pertama tahun ini.

Pengarahnya Datuk Kamalludin Ismail (gambar) berkata sejumlah RM97,800 kompaun dikeluarkan manakala sebanyak RM258,000 denda dikenakan kepada mereka yang melanggar peraturan.

“Sehingga kini, penguat kuasa KPDN Perak telah menjalankan pemeriksaan ke atas 22,743 premis di seluruh Perak dan 277 kes dicatatkan pada tahun ini,“ katanya ketika berucap pada Program Jalinan Muhibah Bersama Komuniti Pengguna dan Rakan Strategik KPDN Perak 2024 di sini hari ini.

Kamalludin berkata KPDN Perak juga telah melaksanakan beberapa program di bawah inisiatif Payung Rahmah seperti Program Jualan Rahmah MADANI dan Bazar Rahmah.

Menurut beliau sebanyak 238 Program Jualan Rahmah (PJR) dijalankan dari Januari hingga April tahun ini melibatkan kehadiran seramai 290,072 pengunjung.

“Penglibatan KPDN Perak di media sosial turut menarik perhatian ramai dengan kehadiran di platform seperti TikTok yang mempunyai 523,000 pengikut dan Facebook seramai 71,000 pengikut,“ katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings