the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 22, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

KPKT batal 26,108 lesen peniaga kerana langgar syarat

PUTRAJAYA: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) membatalkan 26,108 lesen peniaga kerana melanggar syarat lesen atau premis pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi tempoh 2022 hingga 15 Feb lepas.

KPKT dalam kenyataan hari ini memaklumkan daripada jumlah itu, sebanyak 384 lesen peniaga tempatan dibatalkan kerana menyewakannya kepada warga asing dan sepanjang tempoh tersebut, PBT telah melaksanakan 1,836 operasi penguatkuasaan ke atas premis perniagaan melibatkan warga asing.

Menerusi kenyataan sama, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming (gambar) memaklumkan KPKT turut menjalin kerjasama yang konstruktif serta aktif dengan kementerian lain dalam melaksanakan penguatkuasaan secara menyeluruh berkaitan isu itu.

Beliau berkata kerjasama bersepadu dengan pendekatan keseluruhan kerajaan bersama agensi penguat kuasa lain seperti Jabatan Imigresen dan Polis Diraja Malaysia adalah perlu bagi menangani isu yang semakin berleluasa itu berdasarkan kekangan bidang kuasa PBT yang terhad kepada pemeriksaan lesen premis dan perniagaan sahaja.

“Kerajaan negeri turut memainkan peranan dengan memperketat syarat permohonan baharu dan pembaharuan lesen perniagaan PBT di negeri masing-masing bagi mengekang monopoli perniagaan oleh warga asing,” katanya.

Nga berkata PBT juga tidak pernah membenarkan mana-mana warga asing memohon atau memiliki lesen penjaja, peniaga kecil, premis perniagaan, kedai runcit, kedai makan, bengkel kereta dan di pasar-pasar selaras dengan Undang-Undang Kecil (UUK) Penjaja serta UUK Tred, Perniagaan dan Perindustrian.

“Di bawah UUK Penjaja, PBT tidak mengiktiraf dan membenarkan warga asing sebagai penjaja dan peniaga kecil malah PBT juga tidak membenarkan penggunaan warga asing sebagai pekerja/pembantu di bawah lesen penjaja di premis PBT.

“Ini kerana kadar harga sewaan yang ditetapkan oleh PBT adalah di bawah harga pasaran dan bertujuan untuk memberi peluang perniagaan kepada rakyat tempatan,“ katanya.

Beliau berkata di bawah UUK Tred, Perniagaan dan Perindustrian pula, lesen hanya dikeluarkan untuk warga Malaysia dan membenarkan warga asing diambil sebagai pekerja atau pembantu dengan syarat memiliki pas kerja atau permit dagang yang sah.

PBT, katanya tidak akan berkompromi dengan sebarang pelanggaran yang jelas terhadap syarat lesen yang dikeluarkan oleh mana-mana perniagaan dan pemegang lesen dengan mengambil tindakan tegas secara tindakan sitaan, kompaun, penutupan premis serta pembatalan lesen. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Lebanon and Israel set for next talks in Italy

Lebanon and Israel will hold their next US-brokered talks in Italy on August 4 as both sides begin implementing a plan for Israeli withdrawals and Lebanese army deployments.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings