the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

KPWKM mahu perkasa program Skuad Waja bagi tingkat kesedaran isu jenayah dalam komuniti

KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) mahu memperkasa program Skuad Wanita Anti Jenayah (Waja) bagi meningkatkan kesedaran mengenai isu jenayah dalam usaha mengelakkan kes kematian Zayn Rayyan Abdul Matiin daripada berulang.

Menteri berkenaan Datuk Seri Nancy Shukri (gambar) berkata Skuad Waja boleh bertindak sebagai penggerak balas pertama dalam komuniti sekiranya berlaku kes jenayah dan keganasan.

“Skuad Waja ini terdiri daripada masyarakat termasuk orang kampung di mana mereka membantu untuk mengambil tindakan apabila berlaku keganasan ataupun apa-apa yang berkaitan dengan masyarakat, jadi merekalah yang membantu

Tetapi dalam hal ini kita perlu meningkatkan ilmu mereka dengan memberi ilmu dari segi pengetahuan undang-undang apa yang boleh mereka lakukan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan penutup Seminar Jawatankuasa Pembangunan Pengurusan Polis Wanita (JPPPW) 2023 di sini, hari ini.

Nancy berkata skuad berkenaan juga boleh diintegrasikan dengan Ops Cantas Khas Wanita iaitu pasukan yang dikendalikan pegawai dan anggota polis wanita bagi melaksanakan program kesedaran isu jenayah dalam komuniti.

Beliau berkata ketika ini terdapat 328,558 ahli bagi Skuad Waja di seluruh negara.

Dalam pada itu, Nancy menyeru masyarakat khususnya ibu bapa untuk lebih peka keadaan sekeliling dan mengambil iktibar daripada kes kematian Zayn Rayyan.

“Kita perlu peka pergerakan anak-anak kerana kita tidak mahu ada orang mengambil peluang daripada kehadiran seorang anak yang merayau, misalnya…biarlah kita bersama-sama memainkan peranan untuk memastikan anak-anak kita sentiasa dalam penjagaan dan pemerhatian,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Nancy berkata KPWKM bersedia memberikan perkhidmatan sesi kaunseling kepada keluarga Zayn Rayyan dalam mengharungi dugaan itu.

Kanak-kanak autisme berusia enam tahun itu dilaporkan hilang pada 5 Dis lepas di Damansara Damai, sebelum ditemukan meninggal dunia berhampiran aliran anak sungai, kira-kira 200 meter dari blok rumahnya di Apartment Idaman, pada keesokannya. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Lebanon and Israel set for next talks in Italy

Lebanon and Israel will hold their next US-brokered talks in Italy on August 4 as both sides begin implementing a plan for Israeli withdrawals and Lebanese army deployments.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings