the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 4, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kutipan dan bekalan menurun, HSI pohon orang ramai derma darah

JOHOR BAHRU: Status terkini kutipan dan pembekalan darah bagi kesemua kumpulan darah di Unit Perubatan Transfusi, Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini, semakin menurun.

Menerusi hantaran dalam Facebook HSIJB Blood Donation Drive Schedule itu, kumpulan darah jenis O adalah yang paling kurang setakat ini.

Justeru, orang ramai dipohon untuk tampil menderma darah bagi kesinambungan menyelamatkan pesakit yang memerlukan.

“Mohon juga para penderma yang hadir agar menepati kriteria pendermaan darah dan membawa sama buku pendermaan serta dokumen pengenalan diri,” menurut hantaran itu hari ini.

Orang ramai boleh melayari Instagram Blood Bank HSIJB, Facebook HSIJB Blood Donation Drive Schedule atau TikTok Blood Seekers HSIJB bagi mendapatkan jadual terkini aktiviti kutipan darah. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

The VinFast VF 8 and the New Priorities of EV Ownership

DUBAI, UAE - Media OutReach Newswire - 3 July 2026 - Today's EV buyers are looking beyond range and horsepower. They want an ownership experience that is just as reassuring as the vehicle itself, and that is where the VinFast VF 8 makes a strong case.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings