the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, October 14, 2026
28.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Lebih 6,400 doktor pelatih di Korea Selatan letak jawatan

Special coverage

Budget 2027

Aid, taxes and what it means for your wallet.

Read our coverage

SEOUL: Lebih 6,400 doktor pelatih telah mengemukakan peletakan jawatan mereka bagi membantah rancangan kerajaan untuk meningkatkan bilangan pelajar perubatan, kata pegawai kerajaan pada Selasa.

Timbalan Menteri Kesihatan Kedua, Park Min-soo berkata kementerian mengarahkan 831 doktor pelatih untuk kembali bekerja, susulan ketegangan antara doktor dan kerajaan yang meningkat berikutan cadangan untuk meningkatkan kuota kemasukan ke sekolah perubatan negara itu sehingga 2,000 pelajar pada tahun depan.

Park berkata setakat Isnin seramai 6,415 doktor pelatih di 100 hospital menyerahkan surat peletakan jawatan mereka, dengan kira-kira 1,600 daripada mereka berhenti kerja, lapor Agensi Berita Yonhap.

Terdapat kira-kira 13,000 doktor pelatih di Korea Selatan.

Dengan doktor pelatih berhenti bekerja di beberapa hospital, sebahagian daripada pesakit telah mengalami kelewatan dalam operasi pembedahan dan rawatan lain.

Namun, tiada laporan gangguan besar dalam perkhidmatan perubatan setakat ini.

Park berkata bagi menangani potensi gangguan perkhidmatan perubatan, kerajaan akan melanjutkan waktu operasi di 97 hospital awam dan wad kecemasan di 12 hospital tentera yang akan dibuka kepada orang ramai.

“Kami sangat kecewa dan bimbang bahawa tindakan kolektif oleh doktor pelatih telah menyebabkan gangguan dalam perkhidmatan perubatan, seperti pembatalan pembedahan,“ kata Park.

Kerajaan Korea Selatan berkata peningkatan dalam kuota kemasukan diperlukan untuk menangani kekurangan doktor, terutamanya di kawasan luar bandar dan bidang perubatan penting, seperti pembedahan berisiko tinggi, pediatrik, obstetrik dan perubatan kecemasan. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Malaysia lags behind regional peers in hybrid rice technology, says minister

Malaysia needs to catch up with China, Vietnam and the Philippines in hybrid rice technology as it seeks to increase domestic rice production and strengthen food security, Agriculture and Food Security Minister Datuk Seri Mohamad Sabu said.

El Niño could drive fish offshore, hit coastal fishermen’s incomes

Coastal fishermen could see their catches and earnings decline if the anticipated El Niño phenomenon brings extreme heat, potentially pushing fish further offshore and beyond the reach of small-scale fishing boats.

Malaysia’s F1 return generates nearly RM950m in economic impact

Malaysia’s return to the Formula 1 calendar has generated an estimated RM950 million in economic impact, with Bahrain covering the hosting rights fees for the event at Sepang International Circuit (SIC).

‘Baba-Baba’ arrangements emerging alongside ‘Ali Baba’ practices: Minister

Rent-seeking in Malaysia appears to be taking on forms beyond conventional “Ali Baba” arrangements, with so-called “Baba-Baba” practices also coming under scrutiny, Economy Minister Akmal Nasrullah Mohd Nasir said.

Young Malaysians spend RM5.4 billion through BNPL schemes in six months

Malaysians aged 30 and below made RM5.4 billion worth of purchases through Buy Now, Pay Later (BNPL) schemes in the first half of 2026, with RM96.8 million in outstanding payments, as the government strengthens safeguards against excessive borrowing.

Most Viewed

spot_img