the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
31.7 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Lelaki dan tunang mengaku tak bersalah rompak gelang emas nenek

MELAKA: Seorang lelaki dan tunangnya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini hari ini atas pertuduhan merompak gelang tangan seorang warga emas sehingga mengakibatkan kecederaan kepadanya.

Muhammad Shahezaimie Kamarudin, 19, dan Nurul Sakina Ali Mohammad, 22, serta seorang lelaki yang masih bebas, didakwa merompak gelang tangan itu secara paksa daripada Che Ahmah Buang, 74, yang merupakan nenek kepada Nurul Sakina dengan menekup mukanya dan dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada mangsa.

Mereka dituduh melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Bukit Katil, daerah Melaka Tengah pada 6.30 petang 7 Dis lepas.

Pertuduhan mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Rashidah Baharom menawarkan jaminan sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua tertuduh, namun peguam Umar Zulkarnain yang mewakili mereka memohon jaminan itu dikurangkan memandangkan anak guamnya bekerja di sebuah pusat permainan go-kart dan penjaga stor.

Hakim Darmafikri Abu Adam membenarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh dan menetapkan sebutan kes pada 30 Jan. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Forest City SFZ Highlights Early JS-SEZ Traction as Investment Pipeline Expands

Forest City SFZ reported early progress under the Johor-Singapore Special Economic Zone, highlighting growing investment interest, family office incentives and improved cross-border connectivity as the economic corridor advances its strategy to attract regional businesses and long-term investment.

Jollibee Group brands recognized as top three most valuable restaurant brands in Brand Finance...

Jollibee Group brands Jollibee, Mang Inasal, and Chowking were recognized in the Brand Finance Philippines 50 2026 report as the country's top three most valuable restaurant brands, with Jollibee leading the restaurant sector and accounting for around 80% of total restaurant brand value.

Cigna Healthcare Hong Kong enhances VHIS Flexi Plan (Superior) with expanded regional medical coverage...

Cigna Healthcare Hong Kong today announced enhancements to its Cigna VHIS Series – Flexi Plan (Superior), strengthening its medical insurance offering to help customers better manage rising healthcare costs and access quality health care locally, regionally and overseas.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings