the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
27.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Lelaki dikhuatiri lemas di Pantai Tanjung Rhu, Langkawi

ALOR SETAR: Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas dilihat terkapai-kapai meminta pertolongan di tengah laut oleh pengunjung di Pantai Tanjung Rhu, Langkawai, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Langkawi ACP Shariman Ashari berkata mangsa dikenali sebagai Mohammad Khairie Shaari, 32, merupakan seorang pekerja di sebuah kedai emas di pulau berkenaan.

“Polis menerima maklumat berhubung kejadian itu daripada orang awam pada 6.16 petang yang memaklumkan ternampak kelibat orang sedang terkapai-kapai meminta tolong di tengah laut berhampiran hujung Pantai Tanjung Rhu, sebelum dipercayai tenggelam.

“Hasil pemeriksaan awal di sekitar lokasi kejadian mendapati terdapat sebuah kereta jenis Proton Satria yang tidak bertuan dan tidak berkunci serta terdapat barangan peribadi, kunci kereta dan kad pengenalan dipercayai milik mangsa,“ katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata operasi mencari dan menyelamat (SAR) telah digerakkan yang disertai 40 pegawai dan anggota polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Katanya, operasi tersebut ditangguhkan pada 10 malam tadi dan disambung semula pagi ini.

“Polis telah menghubungi keluarga mangsa dan mengesahkan bahawa mangsa yang menggunakan kereta milik kakaknya itu baru sahaja mula bekerja di Langkawi,“ katanya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings