the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
28.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Lembu sado Albino, zoo haiwan jinak tumpuan di program Madani Rakyat Zon Tengah

KUALA SELANGOR: Lembu sado yang diberi gelaran “Albino” antara lima baka lembu hibrid dengan berat antara satu hingga 1.4 tan metrik menjadi tumpuan orang ramai pada Program MADANI Rakyat Zon Tengah di Kompleks Sukan Kuala Selangor, di sini hari ini.

Penternak lembu sado Ahmad Hasyir Hashim berkata gelaran itu sering kali diberikan oleh pengunjung atau penjaga lembu itu kerana ia memiliki kulit putih atau putih kemerah-merahan seolah-olah dilahirkan dalam keadaan albino.

“Antara baka sado lain yang dibawa sempena Program MADANI Rakyat Zon Tengah ialah Brahman, Charolais, Blonde, Limousin dan Belgium Blue, masing-masing memiliki ciri-ciri tertentu seperti pendek, panjang dan berbadan besar.

Ramai penternak lembu memilih baka-baka ini kerana pulangan yang diperoleh adalah lebih lumayan, dengan harga jualan mencecah antara RM5,000 hingga RM15,000 seekor dan baka ini akan dipelihara dalam tempoh enam bulan.

“Tahun lepas kita berjaya menjual empat ekor lembu sado sewaktu sambutan Aidiladha kerana dagingnya banyak dan ia sudah mula menjadi pilihan masyarakat tempatan dalam meraikan upacara agama atau nazar,” katanya ketika ditemui Bernama di sini hari ini.

Selain itu, orang ramai juga berpeluang menyaksikan dan mendekati beberapa jenis haiwan di kawasan zoo haiwan jinak seperti ular, burung kakak tua, arnab serta ayam kacukan seperti “Saga, American Silkie, Rhode Island Red” (Amerika Syarikat) dan “Sussex Cross Leghorn”.

Seorang pengunjung S Pavitra, 17, yang hadir bersama keluarganya pada Program MADANI Rakyat Zon Tengah teruja dapat melihat sendiri lembu kacukan yang bersaiz besar.

“Ini merupakan pertama kali saya lihat lembu sebesar ini dan baru tahu bahawa lembu-lembu ini adalah daripada baka yang dikacuk dengan lembu tempatan,” katanya.

Pekerja kedai haiwan Nor Zarina Md Yusop, 34, berkata beliau dan anak-anaknya tidak melepaskan peluang untuk menghadiri Program MADANI Rakyat Zon Tengah selepas mengetahui terdapat aktiviti bersama haiwan di zoo haiwan jinak itu.

“Anak saya yang berusia tujuh dan sembilan tahun sangat gembira sewaktu mengunjungi reruai zoo haiwan jinak ini kerana mereka sangat meminati binatang, tambahan lagi saya sendiri juga tidak mahu melepaskan peluang mempelajari jenis-jenis binatang kerana saya juga bekerja di kedai binatang yang memerlukan ilmu tentang haiwan,” katanya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

‘Ladies here, you need to respect them’ – French travel show highlights Rapid KL’s...

“You might see a group of women trying to push you out of the train!” the commuter laughed. “But in the worst-case scenario, you could be reported. They could pull the alarm, report you to an officer on the platform, and the officer would ask you to leave.”

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings