the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 1, 2026
32 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Lima pemandu e-hailing didenda RM35,000 bawa 7 pendatang tanpa izin

MELAKA: Lima pemandu e-hailing didenda RM35,000 oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan membawa pendatang tanpa izin dalam kenderaan masing-masing bulan lepas.

Tertuduh, Mohd Taufiq Md Isa, 30, Syed Salim Syed Anuar, 34, Muhammad Hafiz Rudi, 35, Mohd Fhairul Arifin Shaharudin, 39, dan Shahrulnizam Abu Hanafi, 46, menghadapi pertuduhan di dua Mahkamah Sesyen berasingan dalam prosiding hari ini.

Bagi pertuduhan di hadapan Hakim Dharmafikri Abu Adam, Muhammad Hafiz dan Syed Salim masing-masing didapati membenarkan dua dan seorang pendatang tanpa izin warga Indonesia berada dalam kenderaan masing-masing.

Di hadapan Hakim Mohd Sabri Ismail pula, Mohd Fhairul Arifin dan Shahrulnizam dituduh membenarkan seorang pendatang tanpa izin dalam kenderaan masing-masing sementara dua pendatang tanpa izin lagi berada dalam kenderaan Mohd Taufiq.

Kesemua perbuatan itu didakwa dilakukan antara 12 tengah hari hingga 11 malam di pesisir Pantai Klebang dan kawasan Rawat dan Rehat (R&R) Ayer Keroh di sini pada 14 Ogos lepas.

Mereka dituduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 55E (1) Akta Imigresen 1959/63 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 55E (2) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda minimum RM5,000 dan maksimum RM30,000 atau penjara maksimum 12 bulan atau kedua-duanya bagi setiap imigran.

Pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya N Sivashangari dan Muhamad Nazrin Ali Rahim mencadangkan hukuman berbentuk pengajaran kepada tertuduh selain dapat memberi peringatan kepada individu lain yang bekerja sebagai pemandu e-hailing.

Bagaimanapun peguam Omar Zulkarnain mewakili Mohd Taufiq, Mohd Fhairul Arifin dan Shahrulnizam sementara Datuk Hanif Hassan mewakili Muhammad Hafiz dan Syed Salim merayu hukuman ringan berbentuk denda terhadap anak guam masing-masing kerana kesemua tertuduh telah insaf dengan perbuatan mereka.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM10,000 seorang kepada Mohd Taufiq dan Muhammad Hafiz manakala Syed Salim, Mohd Fhairul Arifin dan Shahrulnizam didenda RM5,000 seorang.

Mahkamah juga mengarahkan telefon, anak kunci dan kereta yang didaftarkan atas nama isteri kepada Muhammad Hafiz dan kakak kepada Syed Salim dikembalikan kepada tertuduh. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

MASA Singapore 2026 Presents Indonesia’s Creative Movement Across Takashimaya Square and Gardens by the...

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 1 July 2026 - MASA Singapore 2026, a multidisciplinary cultural movement celebrating Indonesia's contemporary creative movement, will take place from 2 July to 10 August 2026 across Takashimaya Square and Gardens by the Bay in Singapore.

The 6th Cross-Strait Sun Yat-sen Forum Successfully Held in Zhongshan, Guangdong

ZHONGSHAN, CHINA - Media OutReach Newswire - 1 July 2026 - As 2026 marks the 160th anniversary of the birth of Dr. Sun Yat-sen, the 6th Cross-Strait Sun Yat-sen Forum was held in Zhongshan, Guangdong Province—the hometown of the great pioneer—from June 27 to 29 under the theme "Carrying Forward Dr. Sun Yat-sen's Spirit of Endeavor and Working Together for the Great Rejuvenation of the Chinese Nation".

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings