the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

'Live location' isteri tidak bergerak, rupanya maut kemalangan bersama dua anak

KUALA LIPIS: Koperal Mohd Azman Mat Yaacob berasa tidak sedap hati selepas melihat lokasi masa sebenar (live location) yang dikongsikan isterinya Nor Faizah Ridzuan menerusi aplikasi WhatsApp tidak bergerak walaupun beberapa kali memeriksa telefon pintarnya.

Mohd Azman, 36, yang bertugas di Balai Polis Petaling Jaya, Selangor segera meghubungi isteri dan telefon pintar anak sulung mereka Muhammad Hariz Adrian, 10, namun semuanya tidak berjawab selain pesanan WhatsApp juga tidak dibalas.

Gerak hatinya tepat apabila menerima panggilan daripada polis daerah Lipis sekitar 4 pagi tadi, memaklumkan Nor Faizah, 34, Muhammad Hariz Adrian dan anak bongsunya Muhammad Hafiy Azman, tiga tahun, maut selepas kereta dinaiki mereka terlibat kemalangan dengan sebuah treler.

“Saya tak sangka kali terakhir pertemuan kami ialah sebelum 12 tengah malam tadi… semasa kami sama-sama keluar rumah. Isteri dan anak bergerak pulang ke Kampung Tawang di Bachok (Kelantan) manakala saya menuju ke tempat kerja.

“Ikutkan mereka berada di kampung sehingga hujung bulan ini kerana cuti sekolah, dan saya akan menyusul untuk menjemput mereka pulang kerana tidak dapat bercuti lama,“ katanya ketika ditemui Bernama di Unit Forensik Hospital Kuala Lipis di sini hari ini.

Mohd Azman berkata isterinya yang merupakan suri rumah, seharusnya memulakan perjalanan selepas anak sulung mereka pulang dari sekolah hari ini, namun menukar fikiran untuk bergerak lewat tengah malam tadi.

Menurutnya, ia merupakan kali pertama Nor Faizah memandu bagi perjalanan jauh, namun beliau mengizinkan isterinya pulang bersama anak memandangkan mereka telah lama tidak pulang ke kampung.

Hari ini, Ketua Polis Daerah Lipis Supt Azli Mohd Noor mengesahkan tiga beranak itu maut selepas kereta Perodu Alza dinaiki mereka hilang kawalan semasa melalui selekoh di kilometer 17 Jalan Lipis-Bentan di Penjom di sini sebelum bertembung dengan treler di jalan bertentangan.

Kejadian pada 2.25 pagi itu turut menyebabkan kereta mangsa diseret dan merempuh besi penghadang jalan, mengakibatkan semua mangsa maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan.

Mohd Azman berkata jenazah isteri dan anaknya akan dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Pintu Gerbang di Bachok hari ini.

Sementara itu, adik kepada Nor Faizah, Nor Fitrah, 30, berkata dia sempat membuat panggilan video sebanyak dua kali dengan Muhammad Hariz Adrian, yang begitu seronok memberitahu mereka hendak pulang ke kampung.

“Panggilan pertama ialah sebelum mereka memulakan perjalanan. Saya berasa tidak sedap hati selepas itu kerana hari sudah lewat malam menyebabkan saya menghubungi Hariz (panggilan anak saudaranya) selang 10 minit kemudian.

“Saya pesan kepada kakak supaya hati-hati memandu kerana gelap dan banyak lori, namun kakak tidak menjawab apa-apa… mungkin sedang menumpukan perhatian (memandu),“ katanya.

Nor Faizah yang menetap di Dungun, Terengganu berkata dia tidak dapat melelapkan mata selepas panggilan itu sebelum menerima panggilan sekitar 4 pagi daripada seorang ahli keluarga memaklumkan kejadian yang menimpa kakak sulungnya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings