the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 22, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

LKAN: PR1MA disyor nilai semula strategi pembangunan projek perumahan, komersial

KUALA LUMPUR: Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) disyorkan untuk menilai semula strategi pembangunan projek perumahan dan komersial berdasarkan keperluan dan pasaran semasa, menurut Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) mengenai Penyata Kewangan Agensi Persekutuan Tahun 2022 yang dibentang di Dewan Rakyat hari ini.

Menurut LKAN penilaian berkenaan perlu dibuat bagi memastikan kebolehpasaran penjualan unit rumah dan komersial yang telah siap serta mencapai objektif pembangunan projek PR1MA bagi menambah baik tunai dan kesetaraan tunai PR1MA.

“PR1MA mengalami kerugian bersih RM0.257 billion pada 2022. Antara sebab kerugian bersih ialah penurunan hasil jualan rumah dan komersial sebanyak RM0.435 bilion atau 33.7 peratus kepada RM0.857 bilion berbanding RM1.292 bilion pada 2021.

“PR1MA mempunyai liabiliti berjumlah RM5.746 bilion setakat 31 Dis 2022,” menurut laporan itu, hari ini.

Audit memaklumkan pengesyoran penilaian semula itu juga untuk memastikan unjuran aliran tunai daripada hasil penjualan unit rumah dan komersial boleh dicapai bagi membiayai aktiviti operasi dan pelunasan pembayaran Sukuk Tranche 2 berjumlah RM1.750 bilion yang akan matang pada 2024.

“Hasil maklum balas PR1MA pada 22 Jan 2024, PR1MA perlu menyusun semula strategi penggunaan dana dengan mengutamakan komitmen sedia ada dan menangguhkan bayaran balik sebahagian pinjaman Sukuk Tranche 2 tersebut, bagi memberi tumpuan menyiapkan projek-projek sedia ada serta yang telah dirancang dan diarahkan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

“PR1MA turut merangka Lapan Teras Pembangunan Strategik dengan membangunkan projek perumahan melalui kerjasama strategik dan pembangunan atas tanah sedia ada yang telah dikenal pasti akan memberi pulangan yang tinggi di masa hadapan,“ menurut laporan itu. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Lebanon and Israel set for next talks in Italy

Lebanon and Israel will hold their next US-brokered talks in Italy on August 4 as both sides begin implementing a plan for Israeli withdrawals and Lebanese army deployments.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings