the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Loke perjelas surcaj 10% bas ekspres dibenarkan atas beberapa justifikasi

PUTRAJAYA: Surcaj 10 peratus bagi tambang bas ekspres di musim perayaan, dibenarkan dengan mengambil kira beberapa aspek termasuk tambahan kapasiti perkhidmatan bas dan pembayaran bagi sewa bas, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke (gambar).

Menjelaskan justifikasi mengenai kadar surcaj itu, beliau berkata jika syarikat bas tidak mengenakan 10 peratus tersebut, kemungkinan besar mereka tidak dapat menambah bas mengikut keperluan orang ramai ketika musim perayaan atau tidak dapat membayar gaji atau elaun kepada pemandu bas.

“Kenaikan surcaj 10 peratus bukan suatu perkara yang baharu, namun telah dilaksana sejak 20 tahun lalu pada musim perayaan, iaitu (dibenarkan) seminggu sebelum dan seminggu selepas hari perayaan.

“Kalau tidak dibenarkan surcaj, mungkin kapasiti (bas) berkurangan dan tiada tambahan perkhidmatan,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Ia susulan luahan pengguna yang menyuarakan rasa tidak puas hati mereka berhubung kenaikan tambang bas ekspres dan mendakwa perkara itu membebankan rakyat.

Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) pada 13 Mac, mengumumkan kadar tambang bas ekpress kategori perkhidmatan ekonomi mengalami kenaikan 10 peratus sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri mulai 4 hingga 17 April.

APAD memaklumkan Jemaah Menteri telah meluluskan surcaj musim perayaan sebanyak RM0.009 sekilometer (skm) dan pelaksanaan surcaj itu akan meningkatkan kadar tambang bas ekspres kategori berkenaan kepada RM0.102 skm, berbanding kadar tambang biasa RM0.093 skm.

Bagaimanapun Loke berkata orang awam boleh menyalurkan aduan kepada APAD, sekiranya ada syarikat yang mengenakan tambang tidak munasabah.

Sementara itu, beliau berkata kenderaan berat dilarang berada di atas jalan raya dua hari sebelum dan selepas Hari Raya Aidilfitri iaitu pada 8 dan 9 April serta 12 dan 13 April, dan perinciannya mengenainya akan dimaklumkan kelak. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Lebanon and Israel set for next talks in Italy

Lebanon and Israel will hold their next US-brokered talks in Italy on August 4 as both sides begin implementing a plan for Israeli withdrawals and Lebanese army deployments.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings