the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, October 14, 2026
31.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Loke: Syarikat penerbangan boleh kenakan levi karbon mulai April

Special coverage

Budget 2027

Aid, taxes and what it means for your wallet.

Read our coverage

SEPANG: Syarikat penerbangan boleh mula mengenakan levi karbon sebaik sahaja pindaan kepada Peraturan-Peraturan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Kod Tatakelakuan) 2018 dimuktamadkan oleh Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) pada April, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke (gambar).

Beliau berkata kerajaan tidak memungut levi karbon itu, sebaliknya dilaksanakan oleh syarikat penerbangan untuk mengimbangi pelepasan karbon.

“Dasar kami berbeza dengan Singapura yang menjadikannya mandatori; kami menjadikannya sebagai pilihan. Ia bergantung kepada syarikat penerbangan — sama ada syarikat penerbangan tempatan atau antarabangsa yang masuk dan keluar dari Kuala Lumpur — sama ada untuk mengenakannya (levi karbon),“ katanya kepada pemberita selepas melancarkan tambang tetap AirAsia untuk penerbangan lewat malam antara Semenanjung dan Malaysia Timur bersempena dengan sambutan Hari Raya akan datang.

Loke berkata mekanisme yang telus diperlukan untuk melihat bagaimana syarikat penerbangan membelanjakan levi.

Pada 23 Februari, Loke dilaporkan berkata Kementerian Pengangkutan telah mencapai persetujuan pada dasarnya untuk membenarkan syarikat penerbangan mengenakan bayaran tambahan bagi menampung pelepasan karbon masing-masing.

Beliau berkata syarikat penerbangan tertentu akan menggunakan bayaran fi berkenaan untuk membeli bahan api penerbangan mampan, manakala yang lain akan membayar kredit karbon untuk mengimbangi pelepasan karbon masing-masing.

Menurut Loke levi karbon merupakan obligasi antarabangsa dan terpakai kepada semua syarikat penerbangan, bukan sahaja di Malaysia, untuk menyumbang kepada Skim Pengimbangan dan Pengurangan Karbon bagi Penerbangan Antarabangsa (CORSIA).

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Bhd Tan Sri Tony Fernandes berkata kerajaan dan syarikat ofset karbon digalakkan untuk memulakan projek di Malaysia atau Asean bagi memastikan proses yang telus. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Nearly 200,000 homes rescued from troubled housing projects since 2023 – Nga

Nearly 200,000 homes with a combined gross development value (GDV) of RM158 billion have been rescued from stalled, delayed or abandoned housing developments since 2023, Housing and Local Government Minister Nga Kor Ming told the Dewan Rakyat today.

Malaysia lags behind regional peers in hybrid rice technology, says minister

Malaysia needs to catch up with China, Vietnam and the Philippines in hybrid rice technology as it seeks to increase domestic rice production and strengthen food security, Agriculture and Food Security Minister Datuk Seri Mohamad Sabu said.

El Niño could drive fish offshore, hit coastal fishermen’s incomes

Coastal fishermen could see their catches and earnings decline if the anticipated El Niño phenomenon brings extreme heat, potentially pushing fish further offshore and beyond the reach of small-scale fishing boats.

Malaysia’s F1 return generates nearly RM950m in economic impact

Malaysia’s return to the Formula 1 calendar has generated an estimated RM950 million in economic impact, with Bahrain covering the hosting rights fees for the event at Sepang International Circuit (SIC).

‘Baba-Baba’ arrangements emerging alongside ‘Ali Baba’ practices: Minister

Rent-seeking in Malaysia appears to be taking on forms beyond conventional “Ali Baba” arrangements, with so-called “Baba-Baba” practices also coming under scrutiny, Economy Minister Akmal Nasrullah Mohd Nasir said.

Young Malaysians spend RM5.4 billion through BNPL schemes in six months

Malaysians aged 30 and below made RM5.4 billion worth of purchases through Buy Now, Pay Later (BNPL) schemes in the first half of 2026, with RM96.8 million in outstanding payments, as the government strengthens safeguards against excessive borrowing.

Most Viewed

spot_img