the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Malaysia antara negara kenakan tarif air terendah di ASEAN

SHAH ALAM: Malaysia adalah antara negara yang mengenakan purata tarif terendah bagi setiap meter padu air berbanding negara lain di rantau ini.

Laman sesawang Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) menerusi soalan lazim mengenai pelarasan tarif air memaklumkan Malaysia mengenakan kadar keempat terendah dalam kalangan negara ASEAN setakat 2022 iaitu RM1.22 bagi setiap meter padu air.

Myanmar pula mengenakan caj sebanyak sembilan sen, Brunei (35 sen) dan Indonesia (RM1.15) untuk jumlah isi padu air yang sama.

Kadar yang dikenakan oleh negara jiran lain pula lebih tinggi iaitu RM1.37 di Vietnam, Thailand (RM1.68), Filipina (RM2.92) dan Singapura (RM5.88).

Menurut SPAN, terdapat beberapa negeri yang tarifnya tidak disemak melebihi 25 tahun iaitu Pahang dan Perlis dengan semakan terakhir masing-masing ialah pada 1983 dan 1996.

SPAN turut memaklumkan purata kos keseluruhan bagi merawat serta membekalkan air di Semenanjung Malaysia dan Labuan pada 2020 ialah RM1.68 bagi setiap meter padu.

“Purata tarif yang dikutip daripada pengguna adalah lebih rendah daripada purata kos keseluruhan iaitu RM1.37 per meter padu pada tahun yang sama,“ katanya.

Menerusi soalan lazim mengenai manfaat pelarasan tarif air kepada pengguna, SPAN berkata ia perlu disemak bagi membolehkan pelaksanaan pembangunan infrastruktur bekalan sebagaimana yang dirancang agar isu atau aduan bekalan air dapat diatasi dan diselesaikan.

Menurut SPAN, prestasi kewangan yang lemah boleh menjejaskan tahap perkhidmatan operator sekali gus tidak dapat memenuhi permintaan pengguna.

SPAN adalah sebuah badan kawal selia teknikal dan ekonomi yang berperanan mengawal selia perkhidmatan bekalan serta perkhidmatan pembetungan di Semenanjung Malaysia, Putrajaya dan Labuan. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings