the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Malnutrisi akut kanak-kanak di Gaza semakin meningkat: WHO

NEW YORK: Bilangan kanak-kanak yang mengalami kekurangan zat makanan atau malnutrisi di Semenanjung Gaza meningkat dengan mendadak akibat serangan berterusan Israel, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Dalam satu kenyataan pada Isnin, WHO berkata 90 peratus kanak-kanak di bawah umur dua tahun dan 95 peratus wanita hamil serta menyusukan anak mengalami kekurangan makanan yang teruk.

Ini bermakna mereka mengambil hanya dua atau kurang kumpulan makanan setiap hari dan makanan yang mereka ambil mempunyai nilai pemakanan yang sangat rendah.

Menurut WHO, 95 peratus isi rumah mengurangkan bilangan hidangan dan jumlah makanan yang diambil dengan 64 peratus isi rumah hanya makan satu hidangan sehari.

WHO berkata lebih 95 peratus isi rumah menegaskan mereka telah mengehadkan jumlah makanan yang dimakan orang dewasa untuk memastikan kanak-kanak kecil mempunyai makanan.

Tinjauan di utara wilayah itu menunjukkan bahawa 15.6 peratus kanak-kanak – atau satu daripada enam kanak-kanak di bawah umur dua tahun – mengalami malnutrisi akut.

“Daripada jumlah ini, hampir tiga peratus mengalami malnutrisi akut yang teruk, yang meningkatkan risiko tertinggi komplikasi perubatan dan kematian bagi kanak-kanak kecil kecuali mereka menerima rawatan segera,“ kata WHO.

Menurut pertubuhan itu, memandangkan data berkenaan dikumpul pada Januari, keadaan mungkin lebih teruk pada masa ini.

Tinjauan serupa di Rafah, selatan Semenanjung Gaza menunjukkan bahawa lima peratus kanak-kanak di bawah umur dua tahun mengalami malnutrisi akut.

Menurut WHO, angka berkenaan adalah bukti jelas bahawa bantuan kemanusiaan amat diperlukan. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Lebanon and Israel set for next talks in Italy

Lebanon and Israel will hold their next US-brokered talks in Italy on August 4 as both sides begin implementing a plan for Israeli withdrawals and Lebanese army deployments.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings