the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Mat Zaki, bekas isteri pemandu e-hailing nampak seperti kekasih: Saksi

TAWAU: Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu hubungan antara bekas Ketua Staf Perisikan Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) Datuk Mat Zaki Md Zain dan bekas isteri pemandu e-hailing nampak seperti sepasang kekasih.

Saksi pendakwaan kelapan kes pembunuhan Shim Vui Nyen (HE), 51, bagaimanapun tidak dapat mengesahkan hubungan itu kerana Mat Zaki dan wanita yang dikenali sebagai Anna Juli atau Ann itu, tidak pernah menyatakan dengan jelas status hubungan mereka.

Ketika diminta Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Rohaiza Abdul Rahman untuk menjelaskan lanjut, saksi yang juga seorang pemilik kafe di Lahad Datu berkata mereka nampak seperti sepasang kekasih berdasarkan gerak geri mereka.

Rohaiza: “Boleh jelaskan pada mahkamah berdasarkan pengakuan kamu sejak bila mereka nampak sebagai sepasang kekasih?”

Shim : “Saya yang perasan, kadang kala”.

Rohaiza: “Boleh jelaskan pada mahkamah, tempoh masa sejak bila mereka dilihat sebagai kekasih?”

Shim : “Selepas minum-minum”.

Shim berkata demikian semasa memberi keterangan pada hari ketiga perbicaraan kes bunuh pemandu e-hailing Nurman Bakaratu, 61, membabitkan lapan tertuduh iaitu Mat Zaki, enam anggota polis dan seorang orang awam.

Rosdi Rastam, 45, Denis Anit, 45, Fabian Rungam, 44, Khairul Azman Bakar, 47, Mohd Azlan Sakaran, 40, John Kennedy Sanggah, 44, dan Vivien Fabian, 34, didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah ladang kelapa sawit berdekatan Jalan Anjur Juara, Jalan Apas Baru 5 di sini di antara 7.30 malam hingga 11.30 malam pada 13 Jan tahun lepas.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.

Mat Zaki, 59, pula berdepan dua pertuduhan iaitu bersubahat membunuh Nurman mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 302 kanun sama.

Menurut Shim beliau juga pernah bertanyakan kepada wanita itu mengenai status perkahwinannya, yang mana Ann menjawab dia masih bujang.

Menjelas lanjut semasa pemeriksaan balas oleh peguam Datuk Ram Singh mengenai hubungan Mat Zaki dan Ann, Shim berkata Ann pernah dilihat memeluk Mat Zaki selepas satu sesi minum-minum.

Pada satu soalan oleh peguam Datuk Ansari Abdullah, saksi itu berkata Ann pernah menyerang kereta Nurman yang berwarna putih dengan sebatang kayu selepas suatu pertengkaran dalam kafe milik saksi berkenaan.

Shim bagaimanapun bersetuju dengan Ansari bahawa beliau tidak pasti jika pertengkaran itu berkaitan wang yang dipinjamkan kepada Ann oleh mangsa dan belum dibayar balik.

Semasa pemeriksaan semula oleh TPR Khairul Azreem Mamat, Shim memberitahu Ann pernah menghubunginya pada 16 Jan lepas, supaya menghubungi Mat Zaki agar tertuduh tidak membalas mesej yang diterima daripada nombor telefon wanita itu.

Sebaliknya, Mat Zaki boleh membalas mesej yang diterima daripada nombor kod 22298, kata saksi itu.

Perbicaraan depan Hakim Datuk Duncan Sikodol bersambung esok. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings