the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

MBSP keluar 46 kompaun terhadap peniaga

BUKIT MERTAJAM: Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) mengeluarkan 46 kompaun terhadap peniaga kerana pelbagai kesalahan termasuk menggajikan warga asing dalam operasi pematuhan syarat pelesenan di sekitar Bukit Tengah semalam.

MBSP dalam kenyataan hari ini memaklumkan daripada jumlah itu, 18 kompaun dikeluarkan atas kesalahan menjalankan perniagaan tanpa lesen dan 11 kompaun kerana mempamerkan papan iklan tanpa lesen.

“Tiga kompaun lagi kerana kesalahan tidak mematuhi syarat pelesenan iaitu menggajikan warga asing serta masing-masing tujuh kompaun iaitu huruf perkataan bahasa Melayu lebih kecil daripada bahasa lain serta lain-lain.

“MBSP sangat menitikberatkan pematuhan syarat-syarat pelesenan bagi peniaga di seluruh Seberang Perai dan operasi sedemikian akan diteruskan dari semasa ke semasa,” menurut kenyataan itu.

MBSP dalam kenyataan sama turut memaklumkan pihaknya mengeluarkan empat kompaun terhadap beberapa kenderaan pengangkut sampah dalam operasi di Jalan Changkat, Nibong Tebal, semalam.

Operasi bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang itu bertujuan mengesan kenderaan pengangkut sampah yang menyebabkan kekotoran di jalan raya sehingga mengancam keselamatan pengguna.

“Anggota penguat kuasa MBSP telah mengambil tindakan tegas mengikut Undang-Undang Kecil (UUK) Mencegah Kekotoran Kerajaan Tempatan Seberang Perai 1975 terhadap pesalah yang menyebabkan kekotoran di jalan raya.

‘’Sebanyak empat kompaun mengikut Seksyen 3(C) UUK telah dikeluarkan kepada kenderaan yang telah melakukan kesalahan terbabit semasa operasi bersepadu dijalankan,“ menurut kenyataan itu.

MBSP sehubungan itu, memberi amaran kepada pemilik kenderaan pengangkut sampah di Seberang Perai supaya sentiasa mematuhi peraturan ditetapkan dan tindakan penguatkuasaan secara berkala akan terus dijalankan dari semasa ke semasa bagi melindungi keselamatan pengguna. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

India, Malaysia reaffirm defence ties at military cooperation meeting

The meeting was co-chaired by Joint Secretary at India's Ministry of Defence, Shri Amitabh Prasad and Assistant Chief of Staff for Defence Operations and Training of the Malaysian Armed Forces, Major General Amer Mahmud Abdul Rahman.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings