the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Melaka bawa pulang artifak, dokumen berkaitan Hang Tuah Mei ini

MELAKA: Kerajaan Melaka akan membawa pulang beberapa artifak dan dokumen berkaitan Hang Tuah yang ditemukan di beberapa negara untuk dipamerkan kepada pengunjung pada Mei ini sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh (gambar) berkata kerajaan negeri sebelum ini telah melaksanakan misi Kajian Penyelidikan Mengukuh Kewujudan Hang Tuah di beberapa negara di Eropah dan Asia.

Beliau berkata misi itu dilaksanakan kerajaan negeri bagi merungkai kewujudan Hang Tuah dan meluruskan ‘kebengkokan’ sejarah Melaka oleh penjajah.

“Antara artifak yang ditemukan semasa misi berkenaan adalah manuskrip Hikayat Hang Tuah tertua di dunia yang bertarikh 1758 dan Hikayat Hang Tuah yang diterjemahkan ke dalam beberapa bahasa asing di Leiden University, Belanda.

“Selain itu, Peca de Malaca di Museu Militar de Lisbao iaitu selaras meriam yang dihadiahkan oleh Raja Calicut, India kepada Sultan Melaka semasa menentang serangan Portugis,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mencadangkan usul Terima Kasih kepada Yang Dipertua Negeri Melaka sempena sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka di sini hari ini.

Ab Rauf berkata pasukan misi kajian turut menemukan peta lama Planisfera Cantino yang tercatat nama Malaqua bertarikh 1502 di Museu Marinha, Lisbon.

Beliau berkata selain itu turut ditemukan keris lok sembilan dan dokumen rekod rasmi ‘Rekidai Hoan’, kerajaan Ryukyu di Pusat Arkeologi Okinawa, Jepun yang mengandungi 19 surat kerajaan Ryukyu kepada kerajaan Melaka serta 11 surat daripada kerajaan Melaka sekitar tahun 1480 antaranya surat tersebut tertera nama Laksamana Hang Tuah.

Ab Rauf berkata justeru kerajaan negeri telah mengadakan perbincangan dengan pelbagai pihak untuk membawa dokumen dan artifak tersebut yang akan dipamerkan kepada rakyat Melaka pada Mei ini sempena TMM2024.

Beliau berkata bagi menyokong usaha itu, Institut Kajian Tuah (IKAT) ditubuhkan di bawah Universiti Islam Melaka (UNIMEL) sebagai pusat rujukan sehenti dan pengumpulan maklumat berkaitan sejarah Hang Tuah. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Hong Kong Disneyland Continues to Enhance Guest Experience Through Flexible Weather Adaptation Measures

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 23 July 2026 - As Hong Kong's summer weather becomes increasingly unpredictable, with periods of extreme heat, high humidity, and occasional rain showers and thunderstorms, Hong Kong Disneyland Resort (HKDL) continues to enhance its facilities and operations to better support guests and cast members throughout the season.

Nanyang Optical Co. Pte Ltd (In Liquidation) Announces Tender Sale of Optical Inventory Located...

SHENZHEN, CHINA - Media OutReach Newswire - 23 July 2026 - Nanyang Optical Co. Pte Ltd (In Liquidation) is inviting expressions of interest from optical retailers, distributors, wholesalers, exporters, and trade buyers for the acquisition of its inventory through a tender sale process.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings