the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Misi serampang dua mata skuad ragbi 7s di Singapura

SERDANG: Skuad ragbi tujuh sebelah (7s) negara memasang impian besar untuk ‘menggempur’ dua misi penting pada Kejohanan Tujuh Sebelah Asia Tenggara (SEA 7s) yang akan berlangsung di Singapura pada 2-3 Mei ini.

Ketua jurulatih skuad ragbi lelaki 7s negara Nik Safuan Ismade Nik Man berkata anak buahnya wajib mempamerkan aksi memberangsangkan untuk menempah slot final seperti yang ditetapkan Majlis Sukan Negara dan Kesatuan Ragbi Malaysia.

Selain itu, mereka juga perlu mendapatkan minit permainan sebanyak mungkin untuk meningkatkan stamina diri sebelum menempuh Kejohanan Asia Rugby Seven Series pada September dan November ini.

“Kita nak dapatkan sasaran masuk ke final dan dalam masa sama perlu minit bermain untuk kejohanan utama iaitu Asia Rugby Seven Series di Korea Selatan dan China pada September manakala Bangkok, Thailand pada November.

“(Lagipun ini adalah) kombinasi antara (enam) pemain baharu dengan pemain lama. Kalau ikutkan tidak ada masalah sebab majoriti mereka sudah bermain sekali di liga tempatan,” katanya kepada Bernama selepas sesi latihan di padang Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini hari ini.

Nik Safuan mengingatkan anak buahnya agar tidak mengambil mudah cabaran antarabangsa itu yang turut disertai Singapura, Filipina, Kemboja, Thailand, Brunei, Indonesia dan pasukan jemputan, Taiwan.

Beliau berkata ketika ini penting bagi pemain negara bebas daripada sebarang kecederaan untuk memastikan mereka berada dalam ‘mood’ bertarung bermula dengan perlawanan persahabatan bersama pasukan Singapura pada Sabtu ini (20 April) di Stadium Ragbi Johor Mount Austin, Johor Bahru.

“Ada tiga negara yang perlu kita tengok iaitu Singapura, Taiwan dan Filipina manakala bagi perlawanan persahabatan itu nanti ia lebih kepada untuk kekalkan persefahaman antara pemain dan tengok setakat mana kelemahan kita ada.

“Kalau ikutkan Singapura pun tidak akan menurutkan pemain utama. Mereka juga sedang mencari pemain-pemain utama, jadi (perlawanan persahabatan) itu saya tak tetapkan apa-apa KPI (petunjuk prestasi utama),” katanya.

Nik Safuan, 43, yang juga bekas pemain negara memaklumkan undian kumpulan berkemungkinan hanya akan diketahui minggu hadapan.

Kejohanan SEA 7s akan berlangsung di Stadium Jurong kecuali aksi final yang akan diadakan di Stadium Nasional Singapura.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings