the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

MOF: RM1b bagi program eMADANI, manfaat untuk 10 juta rakyat

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan sejumlah RM1 bilion bagi Program eMADANI yang bermula Isnin depan dengan manfaatnya bakal dinikmati oleh sehingga 10 juta rakyat kalangan B40 dan M40 yang layak, kata Kementerian Kewangan (MoF).

Dalam kenyataan media susulan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai program itu pada pagi ini, kementerian berkata penerima berkenaan akan menerima kredit e-tunai sekali sahaja sebanyak RM100.

Tempoh pendaftaran dan tuntutan eMADANI bermula dari jam 8 pagi 4 Dis, 2023 sehingga 20 Feb, 2024 melalui aplikasi penyedia perkhidmatan e-dompet pilihan pengguna.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan berharap sumbangan eMADANI itu dapat meringankan beban kewangan rakyat menjelang akhir tahun serta musim cuti persekolahan selain memupuk budaya pembayaran tanpa tunai.

“Pelaksanaan program eMADANI yang bermula Isnin depan (4 Dis, 2023) adalah selaras dengan komitmen kerajaan untuk menyegerakan pelaksanaan terutama langkah yang menyokong agenda pendigitalan ekonomi negara serta membantu rakyat secara langsung,” kata beliau.

Program eMADANI telah diumumkan pada majlis peluncuran kerangka Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat pada 27 Julai, 2023.

MoF berkata penggunaan kredit eMADANI serta manfaat padanan daripada penyedia perkhidmatan e-dompet terlibat hanya boleh dibelanjakan secara fizikal sahaja sehingga 29 Feb, 2024.

“Kredit eMADANI juga boleh dimanfaatkan oleh peruncit atau peniaga yang menerima pembayaran melalui kemudahan kod QR DuitNow menggunakan salah satu e-dompet terbabit dan tertakluk kepada transaksi yang dibenarkan,” katanya.

Empat penyedia perkhidmatan e-dompet yang menyertai program berkenaan adalah MAE, Setel, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet.

Selain RM100 dalam bentuk kredit e-tunai daripada kerajaan, penyedia perkhidmatan e-dompet berkaitan akan memberi insentif tambahan dalam bentuk baucar, pulangan tunai, diskaun atau mata ganjaran sepanjang tempoh program berkenaan.

“Syarat-syarat kelayakan adalah warganegara Malaysia berumur 21 tahun ke atas pada 1 Jan, 2023 dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berdasarkan rekod pada 7 Nov, 2023; atau mempunyai pendapatan RM100,000 dan ke bawah setahun berdasarkan rekod Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) setakat 15 Julai, 2023,” kata kementerian itu. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings