the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Mohd Na’im: Hampir 90% kes sulh berjaya diselesaikan pada 2023

PUTRAJAYA: Sebanyak 10,607 kes atau 88.98 peratus daripada 11,921 kes sulh yang didaftarkan di mahkamah syariah seluruh negara tahun lepas berjaya diselesaikan secara damai.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar (gambar) berkata kejayaan penyelesaian melalui sulh amat digalakkan kerana Islam amat menganjurkan untuk menyelesaikan setiap pertikaian secara baik.

“Bayangkan daripada semua kes (sulh) yang difailkan, lebih 10,000 kes diselesaikan tanpa dibicarakan. Ia satu kejayaan dan tahniah kepada pegawai sulh Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sijil profesional kemahiran Sulh-Mediasi (Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)-JKSM) kepada 30 anggota Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) di sini hari ini.

Sementara itu, Mohd Na’im berkata latihan kemahiran sulh perlu diperluaskan kepada semua pihak termasuk penghulu dan ketua kampung bagi membolehkan mereka mengetahui cara penyelesaian pertikaian dengan betul.

Sulh merupakan suatu perundingan dan perbincangan antara pihak-pihak di hadapan seorang pegawai sulh berkaitan perkara yang dipertikaikan terhadap satu atau beberapa tuntutan di mahkamah syariah.

Sementara itu Mohd Na’im berkata beliau berpendapat satu garis panduan atau prosedur operasi standard (SOP) perlu diwujudkan untuk setiap mufti mengeluarkan pandangan atau kenyataan.

“Saya harapkan supaya ada nanti garis panduan atau SOP bagi seseorang mufti keluarkan pandangan. Terus terang saya kata kalau (kenyataan mufti) tiada kegusaran, isu tidak timbul,” katanya.

Beliau berkata demikian mengulas jawapan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan di laman sesawangnya, baru-baru ini yang dilaporkan menasihati pekerja beragama Islam di bank konvensional agar mencari pekerjaan lain kerana institusi kewangan itu mempunyai muamalat berasaskan riba yang boleh menjurus kepada hukum haram.

Sabtu lepas, Mohd Na’im menyarankan institusi mufti untuk membawa sebarang isu yang bersifat nasional ke Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) sebelum mengeluarkan sebarang jawapan terhadap isu itu. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Lebanon and Israel set for next talks in Italy

Lebanon and Israel will hold their next US-brokered talks in Italy on August 4 as both sides begin implementing a plan for Israeli withdrawals and Lebanese army deployments.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings