the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Mohd Shafie: Laluan Kereta Api Trans Borneo perlu libatkan pantai timur Sabah

KOTA KINABALU: Presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (gambar) berharap laluan Projek Kereta Api Trans Borneo dapat dinilai semula supaya ia dapat melibatkan rangkaian laluan ke pantai timur negeri ini khususnya Tawau.

Ahli Parlimen Semporna itu berkata Projek Kereta Api Trans Borneo melibatkan laluan Kuching, Sarawak, Brunei dan Kota Kinabalu, Sabah selain Kalimantan, Indonesia itu sangat baik untuk melonjakkan ekonomi kawasan terlibat.

Beliauberkata projek berkenaan merupakan pemangkin dalam membangunkan ekonomi kawasan Kalimantan, Sarawak, Brunei dan Sabah, tetapi laluan kereta api itu hanya terbatas sehingga Kota Kinabalu sahaja.

“Agak mengecewakan bahawa Pantai Timur Sabah ditinggalkan dalam pembangunan ini kerana dahulunya memang wujud rancangan kerajaan untuk membangunkan Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) di Tawau.

“CIQ berkenaan menghubungkan Kalimantan Utara dengan kawasan di pantai timur seperti Tawau yang kaya dengan sumber alam serta sektor pelancongan,“ katanya menerusi rakaman audio dikongsikan kepada media di sini hari ini.

Media sebelum ini melaporkan Brunergy Utama Sdn Bhd, sebuah syarikat berpangkalan di Brunei akan memulakan projek Kereta Api Trans Borneo, dicadangkan dilaksanakan dalam dua fasa melibatkan laluan sepanjang 1,620 kilometer.

Fasa pertama akan menghubungkan bandar-bandar dari barat ke pantai Timur bermula di Pontianak, Kalimantan Barat dan berakhir di Kota Kinabalu, Sabah manakala fasa dua pula melibatkan Kalimantan Utara dan Timur menghubungkan laluan utama dengan Samarinda dan ibu negara baharu Indonesia, Nusantara.

Mohd Shafie berkata pembangunan berkenaan bukan semata-mata untuk kebaikan Sabah sahaja tetapi juga Malaysia secara keseluruhan.

“Trans Borneo juga bukan untuk kepentingan pantai timur Sabah sahaja tetapi kepentingan Malaysia. Kita boleh manfaatkan sektor pelancongan, sumber alam dan Kalabakan, Tawau adalah kawasan penanaman kelapa sawit yang terbesar,” katanya.

Beliau akan membangkitkan perkara itu di Parlimen dan kepada kerajaan Persekutuan selepas ini supaya Sabah boleh mempunyai nilai tambah dalam membangunkan negeri ini, dan beliau berharap pihak berwajib dapat memainkan peranan memperkasa kemudahan tersebut. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Gorilla Technology Completes Acquisition of Shackleton Finance and Launches Gorilla Tech Capital

London, United Kingdom - Newsfile Corp. - 1 July 2026 - Gorilla Technology Group Inc. (NASDAQ: GRRR) ("Gorilla" or the "Company"), a global solution provider in Security Intelligence, Network Intelligence, Business Intelligence, IoT technology and data centres, today announced the successful signing and completion of its acquisition of Shackleton Finance Limited, establishing the foundation for Gorilla Tech Capital, the Company's dedicated regulated capital platform.

#LUXMyWill: Beauty Brand LUX Turns “#BuryMeInThis” From Social Media Trend Into Legal Declaration

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 1 July 2026 - Global beauty brand LUX, in collaboration with VML Singapore, has launched #LUXMyWill — an initiative that transforms one of social media's most talked-about beauty trends into a formal, lasting declaration of personal style.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings