the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 1, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Motosikal bertembung: Lelaki OKU maut, remaja lelaki cedera parah

GUA MUSANG: Seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) maut manakala seorang lagi cedera parah selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan dua motosikal di kilometer 40 Jalan Gua Musang-Jeli, semalam.

Che Mohamad Zin Che Hassan, 33, dari Kampung Dalam Lah, Bertam, meninggal dunia di Hospital Gua Musang akibat kecederaan parah di bahagian badan, tangan dan patah kaki.

Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Sik Choon Foo berkata kejadian berlaku semasa OKU dengan masalah pembelajaran itu menunggang motosikal melawan arus di kawasan berhampiran Sekolah Kebangsaan Meranto di sini pada 9.20 malam.

Beliau berkata sebaik keluar dari sebuah kedai, motosikal yang ditunggang lelaki itu terus membelok ke kanan jalan menggunakan laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah lagi motosikal ditunggang Muhammad Yusry Abdullah, yang berumur 19 tahun.

Dalam kenyataan hari ini beliau berkata mayat Che Mohamad Zin dibawa ke Unit Forensik hospital untuk proses bedah siasat, manakala Muhammad Yusry mengalami kecederaan parah di kepala serta beberapa bahagian anggota badan lain sedang menerima rawatan di hospital berkenaan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian. Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Gua Musang di talian 09-9121222 atau pegawai penyiasat di talian 0133010408 bagi membantu siasatan,” katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

#LUXMyWill: Beauty Brand LUX Turns “#BuryMeInThis” From Social Media Trend Into Legal Declaration

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 1 July 2026 - Global beauty brand LUX, in collaboration with VML Singapore, has launched #LUXMyWill — an initiative that transforms one of social media's most talked-about beauty trends into a formal, lasting declaration of personal style.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings