the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Muhammad Rafiq dahaga lebih banyak kejayaan lepas timang anak sulung

KUALA LUMPUR: Kelahiran cahaya mata sulung baru-baru ini melonjak motivasi jaguh boling negara Muhammad Rafiq Ismail untuk melakar lebih banyak kejayaan membanggakan pada masa depan.

Bukan sahaja mahu memburu lebih banyak gelaran, juara dunia 2018 itu berkata kehadiran anaknya Muhammad Yusuf membuatkan beliau tekad mengekalkan dominasi dalam kalangan pemain boling lelaki peringkat Asia.

“Memang berbeza hidup tanpa anak dan ada anak cuma walau macam mana pun saya akan cuba menyesuaikan dengan situasi sekarang.

“Saya tidak mahu ambil ini (kelahiran anak) sebagai perkara yang membebankan malah ia memotivasikan diri untuk menang dengan lebih banyak lagi kerana saya percaya rezeki anak ada di mana-mana,” katanya kepada Bernama.

Berdasarkan ranking Persekutuan Boling Asia, Muhammad Rafiq kini memegang status sebagai pemain nombor satu di Asia buat tahun ketiga berturut-turut sejak 2021 dengan mengumpul 442 mata.

Dalam pada itu, pemenang emas Sukan Asia 2018 itu berpuas hati dengan prestasi keseluruhannya pada 2023 termasuk menggondol empat emas pada Kejohanan Tenpin Boling Asia ke-26 di Hong Kong, awal tahun ini.

Atlet berusia 26 tahun itu membuktikan kehebatannya dalam pertandingan itu dengan mengungguli saingan Masters, All Events, berpasukan (bersama Syafiq Ridhwan, Mohd Syazirol Shamsudin, Tun Hakim Tun Hasnul Azam, Timmy Tan dan Ahmad Muaz Fishol) serta trio bergandingan dengan Timmy dan Ahmad Muaz.

“Bagaimanapun, saya sedikit terkilan tidak ada rezeki bawa pulang pingat pada Kejohanan Dunia 2023 di Kuwait, Oktober lepas,” katanya.

Muhammad Rafiq yang sedang bercuti dijangka kembali beraksi pada Mac depan.

Setiausaha Agung Kongres Tenpin Boling Malaysia (MTBC) Maradona Chok sebelum ini memaklumkan mereka telah menyenaraikan 12 kejohanan antarabangsa untuk disertai pemain boling negara sepanjang 2024. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings