the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
27.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Muhammad Sanusi dilarang ulang kenyataan fitnah terhadap Anwar

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor (gambar) dilarang mengulangi dan menerbitkan semula kenyataan yang memfitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim di media sosial, laman web dan mana-mana platform sehingga kes saman difailkan Perdana Menteri terhadap Menteri Besar Kedah diputuskan mahkamah.

Peguam Datuk S.N. Nair yang mewakili Anwar berkata Hakim Mahazan Mat Taib membenarkan permohonan inter-parte injunksi dipohon Pengerusi Pakatan Harapan itu pada prosiding yang dijalankan secara dalam talian hari ini di Mahkamah Tinggi Alor Setar.

“Perintah injunksi itu bagi menghalang defendan (Muhammad Sanusi), kakitangan atau ejennya daripada mengulangi atau menerbitkan kenyataan-kenyataan serupa yang mempunyai kecenderungan untuk menggambarkan plaintif (Anwar) sama ada secara langsung atau dengan sindiran dalam mana-mana saluran media sosial defendan, laman web dan mana-mana platform lain sehingga pelupusan kes saman,” kata Nair ketika dihubungi.

Menurut Nair, mahkamah menetapkan 19 Feb 2024 untuk pengurusan kes di hadapan pendaftar menerusi e-Review. Pada prosiding hari ini, Nair turut dibantu peguam Jaden Phoon Wai Ken manakala Muhammad Sanusi diwakili peguam Yusfarizal Yussoff dan Adam Luqman Amdan.

Hari ini ditetapkan untuk keputusan permohonan itu selepas pihak-pihak terlibat selesai berhujah pada 16 Okt lepas.

Anwar, 76, memohon perintah injunksi itu dalam kes saman difailkannya terhadap Muhammad Sanusi ketika berucap dalam satu kempen pilihan raya “Jelajah PN Best Tambun” tahun lepas.

Pada 13 Dis tahun lepas, Anwar menyaman Muhammad Sanusi, berhubung ucapan berbaur fitnah mengaitkannya dengan perlakuan tidak bermoral dalam satu kempen ceramah “Jelajah PN Best Tambun”.

Anwar dalam pernyataan tuntutannya mendakwa kenyataan fitnah itu antaranya membawa maksud plaintif mendapat pengampunan diraja melalui penipuan dan kekal tidak diampunkan serta telah memperdaya Yang di-Pertuan Agong, seorang pembohong, tidak boleh dipercayai, tidak beretika dan mengkhianati mandat rakyat.

Menurut plaintif kenyataan itu dibuat dengan berniat jahat bertujuan untuk menghasut orang ramai dan menimbulkan kebencian peribadi terhadapnya dan PH semasa tempoh berkempen menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada 19 Nov tahun lepas.

Muhammad Sanusi dalam pernyataan pembelaannya berkata bahawa beliau tidak mempunyai apa-apa niat jahat dan memfitnah Anwar, sebaliknya mengkritik Ahli Parlimen Tambun itu bagi tujuan kempen PRU15. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Malaysia’s US$1.5 billion global sukuk oversubscribed 4.7 times

PETALING JAYA; Strong investor demand drove a 4.7 times...

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings