the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
28.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Na’imah gagal dapatkan pasport secara kekal

KUALA LUMPUR: Isteri bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin, Toh Puan Na’imah Abdul Khalid (gambar) hari ini gagal untuk mendapatkan kembali pasport antarabangsanya secara kekal.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ahmad Bache menolak permohonan Na’imah selaku pemohon, bagi menyemak perintah Mahkamah Sesyen yang menahan pasportnya selepas beliau didakwa gagal mengisytiharkan harta.

“Tindakan Hakim Mahkamah Sesyen sah, wajar dan tidak terdapat ketidakadilan yang berlaku. Mahkamah sahkan dapatan Hakim Mahkamah Sesyen dan menolak permohonan ini,” kata hakim itu.

Pada 23 Jan, Na’imah, 66, didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan gagal mematuhi notis agar mengisytiharkan hartanya termasuk Menara Ilham, serta beberapa aset lain di sekitar Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

Hakim Azura Alwi membenarkan Na’imah diikat jamin RM250,000 dengan seorang penjamin dan memerintahkan beliau untuk menyerahkan pasportnya kepada mahkamah.

Hakim Ahmad berkata mahkamah bersetuju dengan hujahan pendakwa raya, bahawa tidak ada jaminan pemohon (Na’imah) tidak melarikan diri jika pasport tidak ditahan di mahkamah.

“Mahkamah berpendapat bahawa flight risk (larikan diri) kemungkinan berlaku, kerana Tun Daim sedang sakit dan mungkin perlukan perubatan di luar negara dan pasportnya tidak ditahan di mahkamah. Jika pasport pemohon ada bersamanya, kemungkinan risiko untuk fligh risk lebih tinggi yang mana pemohon ke luar negara dan tidak kembali.

“Sekiranya pemohon ingin ke luar negara untuk membawa suami (Daim) bagi tujuan perubatan, seperti pendakwa raya katakan, pemohon boleh membuat permohonan dan ia akan diuruskan dengan segera,” katanya dan menambah syarat tambahan pasport adalah untuk memastikan pemohon hadir pada prosiding di mahkamah.

Hakim itu berkata kes membabitkan personaliti antaranya Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, bekas Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dan bekas Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, yang pernah didakwa di mahkamah juga dikenakan syarat tambahan iaitu pasport diserahkan kepada mahkamah.

“Penahanan pasport di mahkamah untuk beberapa kes sebagai satu bentuk keselamatan,” katanya.

Mengenai sama ada keputusan Mahkamah Sesyen telah melanggar hak Na’imah di bawah Perlembangaan Persekutuan, Hakim Ahmad berkata hak Na’imah sebagai warganegara berubah selepas beliau didakwa di mahkamah.

“Keadaan berubah daripada rakyat biasa kepada tertuduh. Hak muktlak pemohon terhadap pasportnya telah berubah,” katanya.

Pada 29 Jan, suami beliau yang berusia 85 tahun turut didakwa atas pertuduhan sama membabitkan satu akaun bank, tujuh kenderaan mewah, 38 syarikat dan 25 hartanah.

Pertuduhan terhadap mereka dikemukakan mengikut Seksyen 36(2) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM100,000 jika sabit kesalahan. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Bora Pharmaceuticals Completes Acquisition of MacroGenics’ Rockville Manufacturing Operations

TAIPEI, TAIWAN - Media OutReach Newswire - 2 July 2026 - Bora Pharmaceuticals Co., Ltd. ("Bora" or "Bora Group"; TWSE: 6472; OTCQX: BORAY) today announced the completion of its acquisition of the GMP manufacturing operations of MacroGenics, Inc. (NASDAQ: MGNX) including its biologics drug substance facility in Rockville, Maryland and an associated warehousing center in Frederick, Maryland, for total consideration of US $122.5 million through its wholly owned subsidiary Bora Biologics USA, LLC.. Upon closing, Bora signed a long-term CDMO Service Agreement with MacroGenics.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings