the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Nahas helikopter: KPWKM sedia beri bantuan sokongan psikologi kepada keluarga mangsa

SEREMBAN: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) bersedia memberikan bantuan sokongan psikologi kepada keluarga mangsa yang terkorban dalam tragedi dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terhempas di Lumut, Perak pagi ini.

Timbalan Menterinya Datuk Seri Dr Noraini Ahmad (gambar) berkata ketika ini pihaknya khususnya Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sedang mendapatkan maklumat terperinci berkaitan keluarga mangsa daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebelum bantuan diberikan.

“Kita (KPWKM) ucapkan takziah kepada keluarga 10 mangsa. Selepas maklumat dikumpulkan, kita akan menghantar kaunselor daripada kementerian untuk mendengar dan bantu keluarga berkenaan.

“Kita tahu dalam kesukaran seperti ini, mereka mungkin memerlukan orang lain untuk membantu menenangkan dan memberi sokongan kepada mereka, kita akan sentiasa dan boleh membantu keluarga mangsa,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Direktori Organisasi Berasaskan Komuniti (CBO) KPWKM@Seremban di sini hari ini.

TLDM mengesahkan 10 anggotanya terkorban dalam insiden pada 9.32 pagi tadi yang melibatkan tujuh kru Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) dan tiga lagi kru Fennec TLDM.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Lebanon and Israel set for next talks in Italy

Lebanon and Israel will hold their next US-brokered talks in Italy on August 4 as both sides begin implementing a plan for Israeli withdrawals and Lebanese army deployments.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings