the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
27.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Nga: Ekonomi Malaysia berada pada landasan betul, disokong data positif suku pertama

KUALA LUMPUR: Ekonomi Malaysia berada pada landasan yang betul disokong oleh pelbagai data positif pada suku pertama tahun ini yang menunjukkan bahawa asas dan prospek ekonomi negara adalah kukuh, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming (gambar).

Beliau berkata antara data ekonomi positif tersebut termasuklah peningkatan pasaran saham Malaysia sebanyak 96 mata atau 6.77 peratus, penurunan kadar pengangguran ke paras 3.4 peratus, kadar inflasi kekal stabil pada 1.5 peratus dan peningkatan jumlah eksport sebanyak 13.3 peratus.

Nga yang juga merupakan Ketua Whip Parlimen DAP berkata selain itu ekonomi negara turut disokong oleh peningkatan wang rizab bank negara kepada US$114.5 bilion, jumlah pelaburan yang diluluskan mencecah RM329.5 bilion serta perkembangan pesat dalam industri pelancongan.

“Kerajaan MADANI di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sentiasa komited untuk membela nasib rakyat dan kini sedang fokus untuk membangunkan semula ekonomi negara.

“Ini bukan sahaja menunjukkan kesungguhan Kerajaan MADANI untuk memulihkan ekonomi, tetapi juga mengesahkan bahawa negara kita berkemampuan menarik pelaburan asing dan pelaburan domestik. Usaha kerajaan kini mula membuahkan hasil,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata Bursa Malaysia merupakan salah satu daripada tiga pasaran saham yang mencatatkan prestasi terbaik di rantau Asia Pasifik tahun ini melonjak sebanyak 6.77 peratus yang mana merupakan kali pertama dalam tempoh enam tahun.

“Lonjakan pasaran saham bermakna syarikat tersenarai dalam Bursa Malaysia mencatat rekod keuntungan yang baik, dan ia juga menunjukkan persekitaran perniagaan di Malaysia berkembang ke arah yang lebih baik,“ katanya.

Menurutnya, Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Abdul Rasheed Ghaffour jelas menyatakan bahawa ringgit pada masa ini berada di bawah nilai sebenar dan ia bakal beransur pulih, oleh itu peningkatan Bursa Malaysia adalah salah satu tanda petunjuk menuju ke arah yang positif.

Selain itu, Nga berkata Malaysia mencatatkan jumlah pelaburan diluluskan sebanyak RM329.5 bilion pada 2023 meningkat 23 peratus dari 2022, sekali gus menjadikannya jumlah tertinggi dalam sejarah manakala kadar pengangguran negara juga kini menurun kepada 3.4 peratus, yang paling rendah sejak pandemik.

Sementara itu, katanya, langkah pengecualian visa selama 30 hari kepada pelancong dari China, India dan negara Asia Barat mulai 1 Dis, 2023, menyaksikan ketibaan jumlah pelancong dari China meningkat 35 peratus dan dari India sebanyak 68 peratus.

“Di samping itu, Malaysia juga berjaya menarik lebih 5,000 kumpulan pelancong dari China melawat ke Malaysia dan menyumbang sebanyak RM1.5 bilion kepada ekonomi negara sempena Tahun Baharu Cina baru-baru ini.

“Menurut statistik Kedutaan China, ​​lebih 3 juta orang pelancong China dijangka melawat Malaysia pada tahun ini dan bakal menyumbang lebih kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara,” katanya.

Bagaimanapun Nga berkata pemulihan ekonomi bukan sekadar memerlukan peningkatan hasil semata-mata tetapi juga perlu disokong oleh usaha mengurangkan perbelanjaan.

Justeru, katanya, Kerajaan MADANI bertekad untuk membawa reformasi jangka masa panjang dengan melaksanakan dasar subsidi bersasar dan merasionalkan pencen untuk kakitangan penjawat awam baharu.

“Kedua-dua reformasi dasar ini akan membantu mengukuhkan kedudukan fiskal kewangan negara serta membolehkan kerajaan melabur lebih banyak sumber dalam pembangunan seperti sektor pendidikan, kesihatan serta infrastruktur awam dah ia bakal memberi lebih manfaat jangka masa panjang kepada rakyat dan negara,” katanya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings