the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
27.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

NRES pantau rapat paras air di empangan sepanjang tempoh cuaca panas

MELAKA: Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) memantau rapi paras air di empangan di setiap negeri untuk melihat sekiranya pembenihan awan perlu dilakukan, kata Menterinya Nik Nazmi Nik Ahmad.

“Kadang-kadang ada permintaan daripada pihak negeri untuk pembenihan awan, bila empangan tadahan (paras) air dah terlalu rendah, maka kita akan lihat sama ada sesuai dibuat atau tidak (pembenihan awan)… setakat ini belum ada permintaan lagi.

“Kita akan ambil kira beberapa faktor (sebelum membuat pembenihan awan) kerana kos terlibat adalah tinggi… maknanya bila kita buat operasi pembenihan awam, kita nak ia berhasil, kalau tak ia dibazirkan begitu sahaja,“ katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) antara Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dan Syarikat Megatrex Plastic Industries Sdn Bhd di sini hari ini.

UTeM diwakili Naib Canselornya Prof Datuk Dr Massila Kamalrudin bersama Dekan Fakulti Teknologi dan Kejuruteraan Industri dan Pembuatan (FTKILP) Prof Dr Hambali Ariff manakala Syarikat Megatrex Plastic Industries Sdn Bhd pula diwakili Pengarah Urusannya Datuk Lim Kah Chuan dan Ketua Pegawai Eksekutif Megatrex Johor Datuk Ayub Rahmat.

MoA itu merupakan kerjasama dalam bentuk penyelidikan dan pengembangan protokol klasifikasi bahan buangan elektrik dan elektronik tidak berbahaya serta mekanisme kawalan hijau bagi perdagangan antarabangsa yang merupakan satu langkah proaktif dan signifikan dalam membangun ekosistem kitar semula negara.

Mengulas mengenai MoA yang ditandatangani hari ini Nik Nazmi berkata dapatan daripada penyelidikan berkaitan bahan buangan elektrik dan elektronik akan dijadikan sebagai maklumat untuk kerajaan membangunkan kerangka bagi dasar berkaitan bahan buangan tersebut di peringkat kebangsaan.

Beliau berkata Malaysia dijangka mempunyai kira-kira 24.5 juta unit bahan buangan elektrik dan elektronik pada 2025 dan ia merupakan satu isu yang sangat serius untuk ditangani pada masa depan.

Katanya bagaimanapun ia juga memberi peluang kepada negara untuk menjana pendapatan menerusi aktiviti ‘urban mining’ bagi mendapatkan semula bahan-bahan logam dan nadir bumi yang terdapat di dalam barangan elektrik dan elektronik berkenaan.

“Ini merupakan salah satu alternatif kepada kaedah konvensional yang (sebelum ini) memberi kesan besar kepada alam sekitar,“ katanya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings