the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, October 14, 2026
31.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Ookla: Malaysia terus menerajui prestasi rangkaian 5G di Asia Tenggara

Special coverage

Budget 2027

Aid, taxes and what it means for your wallet.

Read our coverage

KUALA LUMPUR: Malaysia terus mendahului di Asia Tenggara dari segi prestasi rangkaian 5G, dengan kelajuan muat turun median 5G negara berada pada paras 451.79 megabait sesaat (Mbps), lebih tinggi daripada kelajuan muat turun Singapura, Thailand dan Filipina, menurut laporan Ookla’s Speedtest Intelligence.

Ookla, peneraju global dalam perisikan ketersambungan berkata kelajuan muat turun median 5G Singapura mencapai 329.73 Mbps, Thailand pada 129.40 Mbps dan Filipina 125.14 Mbps.

Laporan itu menjelaskan rangkaian 5G Malaysia mencatatkan skor konsistensi tertinggi di seluruh dunia untuk suku keempat 2023 (S4 2023) pada 97.3 peratus.

“Hasilnya menunjukkan bahawa 97.3 peratus sampel Speedtest Intelligence pada rangkaian 5G Malaysia melebihi ambang ketekalan, yang kini ditetapkan pada kelajuan muat turun minimum 25 Mbps dan kelajuan muat naik minimum 3 Mbps,” katanya dalam laporan S4 2023 Speedtest Intelligence.

Sebagai perbandingan, negara teratas lain seperti Macedonia Utara serta Emiriyah Arab Bersatu, melaporkan skor konsistensi yang lebih rendah, masing-masing sebanyak 94.1 peratus dan 93.9 peratus.

Dari segi ketersediaan 5G, Ookla, yang mengkhusus dalam ujian kelajuan internet dan analisis, berkata ketersediaan 5G di Malaysia telah meningkat kepada 27.0 peratus menjelang S4 2023 berbanding hanya 21.0 peratus pada S1.

Malaysia telah menerima pakai pendekatan untuk pelancaran 5Gnya dengan melaksanakan model Rangkaian Borong Tunggal (SWN) melalui pembentukan Digital Nasional Bhd (DNB) pada 2021.

“Sejak pelancaran lebih dua tahun lalu, rangkaian 5G Malaysia secara konsisten berprestasi baik, menjadikannya salah satu rangkaian 5G berprestasi paling cemerlang di dunia,” katanya.

Laporan itu juga menyatakan bahawa semua negeri di Malaysia telah mengalami sekurang-kurangnya 1.45 kali peningkatan dalam keseluruhan kelajuan mudah alih mereka merentas semua teknologi.

“Bandar pentadbiran Putrajaya muncul sebagai mempunyai kelajuan muat turun median mudah alih terpantas di negara ini pada 190.86 Mbps, peningkatan lebih daripada 2.5 kali ganda berbanding S4 2022 iaitu pada 61.24 Mbps,” katanya.

Bagaimanapun, di sebalik prestasi tersebut, Malaysia masih ketinggalan berbanding negara jirannya, seperti Singapura serta Thailand, yang masing-masing mempunyai 53.8 peratus dan 45.5 peratus ketersediaan 5G, lebih tinggi daripada Filipina pada 26.2 peratus, katanya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mental health must not be stigmatised, says Fahmi

Communications Minister Fahmi Fadzil urges ministry agencies to prioritise employees’ mental health, reduce stigma and provide support, while promoting healthier lifestyles and workplace well-being.

Nearly 200,000 homes rescued from troubled housing projects since 2023 – Nga

Nearly 200,000 homes with a combined gross development value (GDV) of RM158 billion have been rescued from stalled, delayed or abandoned housing developments since 2023, Housing and Local Government Minister Nga Kor Ming told the Dewan Rakyat today.

Malaysia lags behind regional peers in hybrid rice technology, says minister

Malaysia needs to catch up with China, Vietnam and the Philippines in hybrid rice technology as it seeks to increase domestic rice production and strengthen food security, Agriculture and Food Security Minister Datuk Seri Mohamad Sabu said.

El Niño could drive fish offshore, hit coastal fishermen’s incomes

Coastal fishermen could see their catches and earnings decline if the anticipated El Niño phenomenon brings extreme heat, potentially pushing fish further offshore and beyond the reach of small-scale fishing boats.

Malaysia’s F1 return generates nearly RM950m in economic impact

Malaysia’s return to the Formula 1 calendar has generated an estimated RM950 million in economic impact, with Bahrain covering the hosting rights fees for the event at Sepang International Circuit (SIC).

‘Baba-Baba’ arrangements emerging alongside ‘Ali Baba’ practices: Minister

Rent-seeking in Malaysia appears to be taking on forms beyond conventional “Ali Baba” arrangements, with so-called “Baba-Baba” practices also coming under scrutiny, Economy Minister Akmal Nasrullah Mohd Nasir said.

Young Malaysians spend RM5.4 billion through BNPL schemes in six months

Malaysians aged 30 and below made RM5.4 billion worth of purchases through Buy Now, Pay Later (BNPL) schemes in the first half of 2026, with RM96.8 million in outstanding payments, as the government strengthens safeguards against excessive borrowing.

Most Viewed

spot_img