the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Op Murni: ATM tambah baik khidmat bantu mangsa banjir

KUALA NERUS: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terus memanfaatkan setiap peluang yang ada untuk menambah baik mutu perkhidmatan ketumbukan itu ketika membantu mangsa bencana alam seperti mangsa banjir di Terengganu ketika ini.

Panglima 8 Briged, Brigedier Jen Datuk Aizuddin Hassan berkata ia termasuklah peka dengan sensitiviti mangsa wanita yang menurutnya lebih selesa jika diuruskan oleh anggota penyelamat wanita ketika kerja pemindahan ke pusat pemindahan sementara.

“Kali ini kita beri perhatian lebih terhadap pelaksanaannya (anggota wanita diutamakan untuk membantu mangsa wanita) sebab ikut pengalaman saya ketika bertugas dalam misi pengaman sebagai Komander MALBATT 850-8 di bawah United Nations Interim Force In Lebanon (UNIFIL) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dahulu saya dapati mangsa wanita lebih mudah diuruskan oleh anggota wanita.

“Kita beri perhatian dan aturkan agar setiap operasi pemindahan mangsa banjir ada anggota wanita. Mana-mana peluang yang ada untuk jadi lebih baik…kita ambil dan laksanakan,“ katanya yang bertanggungjawab mengepalai Op Murni di Terengganu dan Kelantan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat gerak kerja anggota yang terlibat dalam Op MURNI menyelamat mangsa banjir di Terengganu di Kem Seri Pantai, Seberang Takir, di sini hari ini.

Op Murni di Terengganu membabitkan 17 pegawai dan 356 anggota Lain-lain Pangkat dari empat pasukan iaitu Rejimen 512 Askar Wataniah, Batalion Kelapan Belas Rejimen Askar Melayu Diraja (Para), Briged Keempat Infantri Malaysia Mekanize (4 Briged Mekanize) dan Rejimen Kelima Artileri Diraja.

Aizuddin berkata ATM juga sentiasa belajar daripada operasi yang dijalankan sebelum ini bagi memastikan Operasi Ketenteraan Selain Peperangan (MOOTW) yang merupakan sebahagian daripada tugas pembinaan negara bangsa itu boleh memberikan perkhidmatan terbaik kepada setiap mangsa.

Katanya, ia termasuk pengumpulan maklumat berkaitan bencana yang mustahak bagi sesuatu kerja penyelamatan dan untuk memastikan perkara itu berjaya dicapai, pihaknya telah terlebih awal memperluaskan ‘rangkaian’ mereka secara proaktif.

“Sebab itu bila air naik pada waktu malam misalnya, kita sudah tahu lokasi berkenaan kerana sudah pergi ke hotspot yang dikenal pasti dan berhubung dengan penghulu dan penduduk setempat.

“Misalnya dua hari lepas, kita tak berlengah dan responden pertama kumpulan keluar awal lebih kurang pukul 1 pagi sebab dapat maklumat daripada orang awam. Kami antara yang terawal sampai di lokasi dan maklumkan kepada Pusat Kawalan Operasi Bencana serta lakukan kerja penyelarasan selepas itu,“ katanya.

Ditanya fokus Op Murni selepas ini memandangkan situasi banjir di lima daerah di negeri ini semakin menunjukkan trend penurunan dengan 3,326 mangsa setakat 12 tengah hari ini, beliau berkata ATM akan terus kekal bersedia sekiranya berlaku gelombang banjir yang seterusnya.

“Kita akan bersedia sebilang masa serta memantau rapat situasi dan keadaan terkini termasuk mengekalkan responden pertama kumpulan kita. Selain itu, anggota kita juga sedang bergerak memantau keadaan dan paras air sungai termasuklah di daerah yang tidak dinaiki air,“ katanya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings