the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

P.Pinang sedia tangki air jumbo di setiap daerah bagi persediaan hadapi gangguan bekalan

BUKIT MERTAJAM: Kerajaan Pulau Pinang dengan kerjasama Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), akan menyediakan beberapa unit tangki air jumbo di setiap daerah, sebagai persiapan menghadapi gangguan bekalan air mulai 10 hingga 13 Jan ini.

Ketua Menteri Chow Kon Yeow (gambar) berkata PBAPP akan menyewa 10 tangki tersebut yang mempunyai kapasiti 20,0000 hingga 30,000 liter, bertujuan untuk mengisi semula air dalam tangki statik yang diletakkan di tempat awam.

Beliau berkata PBAPP juga, menggunakan lapan tangki lori untuk dihantar ke hospital dan pusat dialisis yang terjejas di negeri itu, bagi memberi kemudahan kepada pusat tersebut sepanjang berdepan gangguan bekalan air.

“Selain PBAPP, agensi lain antaranya Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) juga akan menggunakan lori tangki, bagi kerja penghantaran air mengikut jadual ditetapkan.

“Sebanyak 35 Pasukan Bomba Sukarela (PBS) di setiap daerah negeri ini termasuk PBS Parit Buntar pula, akan membantu dalam operasi ini yang mana mereka menggerakkan jentera ke lokasi yang ditentukan untuk kerja pembekalan air,” katanya dalam sidang media selepas meninjau persediaan PBS Juru menghadapi gangguan bekalan air yang turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tengah Gooi Hsiao Leung, di sini hari ini.

Bagaimanapun, beliau menasihatkan penduduk supaya menyimpan air secukupnya dan tidak membuat persiapan di saat akhir.

Chow berkata gangguan air di negeri itu, disebabkan oleh pemberhentian operasi Loji Rawatan Air Sungai Dua, yang membekalkan 85 peratus air kepada pengguna di Pulau Pinang, bagi kerja-kerja penggantian dua unit injap kawalan 1,200 milimeter (mm). –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Lebanon and Israel set for next talks in Italy

Lebanon and Israel will hold their next US-brokered talks in Italy on August 4 as both sides begin implementing a plan for Israeli withdrawals and Lebanese army deployments.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings