the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

PADU: 30 anggota “flying squad” DOSM Terengganu ke kawasan bersasar

KUALA TERENGGANU: Sebanyak 30 anggota flying squad Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) Terengganu akan digerakkan ke beberapa kawasan bersasar di negeri itu bagi memastikan tiada yang tercicir dalam proses pendaftaran Sistem Pangkalan Data Utama (PADU).

Pengarahnya Marlini Sahul Hamid berkata antara lokasi sasaran skuad itu ialah kawasan pedalaman dan luar bandar yang sukar mendapat akses Internet.

“DOSM Terengganu merancang memulakan operasi flying squad ke kawasan pedalaman Orang Asli seperti di Kampung Sungai Pergam di Kemaman, Kampung Sungai Berua di Hulu Terengganu dan Kampung Keruak di Besut bermula pada minggu ketiga Januari ini.

“Langkah itu bagi memastikan tiada penduduk di negeri ini yang berumur 18 tahun dan ke atas tercicir daripada melengkapkan pengisian maklumat profil individu melalui portal PADU,“ katanya kepada Bernama hari ini.

Selain penugasan flying squad, Marlini berkata pada fasa pertama pendaftaran PADU ini, pihaknya turut memfokuskan kepada komuniti setempat dan penjawat awam di seluruh negeri itu dengan membuka kaunter pendaftaran di 13 Pusat Ekonomi Digital (PEDi) terpilih di kesemua lapan daerah.

Menurutnya, PEDi berkenaan antaranya termasuklah PEDi Pasir Akar dan PEDi Kampung Lay Out di daerah Besut, PEDi Kampung Che Lijah (Dungun), PEDi Felda Jerangau Barat (Hulu Terengganu), PEDi Kampung Geliga dan PEDi Felda Kerteh 5 (Kemaman).

“PEDi yang lain adalah di Felda Belara dan PEDi Rumah Awam Kos Rendah (Kuala Nerus), PEDi Kampung Petai Bubus dan PEDi Pangsapuri Rakyat Desa Keluarga Chendering (Kuala Terengganu), PEDi Kampung Pantai Merchang dan PEDi Pengkalan Berangan (Marang) serta PEDi Kampung Gong Batu (Setiu).

“Bagi kumpulan penjawat awam, kaunter fizikal PADU turut dibuka di DOSM Terengganu dan Wisma Perkeso, manakala bantuan pengisian di peringkat daerah pula, Pejabat Operasi Besut dan Pejabat Operasi Dungun juga dibuka,“ katanya.

Beliau berkata setakat ini, sebanyak 19,126 penduduk Terengganu telah mendaftar dengan PADU.

Pendaftaran PADU dibuka kepada orang ramai bermula 2 Jan lepas hingga 31 Mac ini dan pengguna boleh mengemas kini dan mengesahkan 30 butiran peribadi termasuk nombor kad pengenalan, bilangan isi rumah dan alamat kediaman. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings