the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, October 14, 2026
31.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

PADU: Langkah segera diambil selesai isu berbangkit – Rafizi

Special coverage

Budget 2027

Aid, taxes and what it means for your wallet.

Read our coverage

KUALA LUMPUR: Kementerian Ekonomi telah mengambil langkah segera menyelesaikan beberapa isu berbangkit berhubung pendaftaran Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) termasuk penggunaan nombor kad pengenalan.

Menteri Ekonomi Rafizi Ramli (gambar) dalam hantaran di X berkata isu penggunaan nombor kad pengenalan untuk pembatalan dan penukaran kata laluan telah diselesaikan oleh pasukan yang mengendali PADU malam tadi.

“Kelemahan dalam pengendalian pengesahan ini tidak ditemui semasa Penilaian Postur Keselamatan (SPA). Pasukan telah mengambil tindakan segera serta penyelesaian telah dilaksanakan dalam tempoh satu jam dan telah selesai pada 2 Jan 2024, jam 9.15 malam,” katanya.

Setakat 10 pagi tadi, sebanyak 233,782 pengguna berdaftar dengan PADU dan daripada jumlah itu, seramai 118,115 pengguna telah selesai dengan proses e-KYC (Kenali Pelanggan Anda Menerusi Platform Digital) manakala 71 peratus dengan pengesahan e-KYC.

Mengenai kecacatan dan kelemahan dalam sistem itu, Rafizi berkata maklumat pengemaskinian boleh dilaksana sejurus selepas daftar masuk tanpa melalui proses e-KYC bagi melicinkan proses.

Beliau berkata e-KYC hanya dilaksana setelah pengemaskinian maklumat dilakukan dan individu ingin membuat pengesahan serta perakuan penghantaran profil.

Sebarang maklumat yang diisi tanpa e-KYC yang disahkan tidak akan diintegrasi ke dalam PADU dan hanya maklumat yang dikemukakan daripada pengguna yang telah berjaya melaksanakan pengesahan e-KYC dikira sah.

“e-KYC merupakan proses pengesahan identiti pengguna. Pengguna perlu memastikan setiap maklumat yang dikemas kini disimpan pada setiap variabel dan setelah semua maklumat disimpan, pengguna perlu melaksanakan e-KYC bagi melaksanakan perakuan kepada maklumat yang telah dikemas kini,” katanya.

Rafizi juga berkata nombor telefon sama boleh digunakan sebanyak lima kali bagi memudahkan pendaftaran individu yang merupakan ahli isi rumah (18 tahun ke atas) atau ibu bapa yang tidak memiliki telefon untuk membuat pendaftaran akaun PADU.

Mengenai aduan individu sangkut semasa mengisi butiran isi rumah, Rafizi berkata secara umumnya, PADU direka bentuk bagi memusatkan maklumat setiap yang bertaraf warganegara dan pemastautin tetap di Malaysia.

“Bagi tujuan ini, setiap individu yang berumur 18 tahun dan ke atas perlu mempunyai akaun individu sendiri, seterusnya bagi tujuan pembentukan isi rumah, individu yang berada di bawah satu isi rumah perlu dimasukkan di bawah satu isi rumah bersama ahli yang lain termasuklah mereka yang berusia di bawah 18 tahun dan bukan warganegara.

Rafizi berkata bagi memastikan maklumat isi rumah terselaras, hanya ketua isi rumah dibenarkan membuat pengemaskinian.

“Perakuan bagi ahli isi rumah hanya boleh dibuat apabila ketua isi rumah telah selesai mengisi maklumat isi rumah masing-masing,” katanya.

Beliau berkata justeru itu, setiap individu adalah digalakkan untuk mengisi bersama-sama isi rumah yang lain bagi memudahkan proses perakuan. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Nearly 200,000 homes rescued from troubled housing projects since 2023 – Nga

Nearly 200,000 homes with a combined gross development value (GDV) of RM158 billion have been rescued from stalled, delayed or abandoned housing developments since 2023, Housing and Local Government Minister Nga Kor Ming told the Dewan Rakyat today.

Malaysia lags behind regional peers in hybrid rice technology, says minister

Malaysia needs to catch up with China, Vietnam and the Philippines in hybrid rice technology as it seeks to increase domestic rice production and strengthen food security, Agriculture and Food Security Minister Datuk Seri Mohamad Sabu said.

El Niño could drive fish offshore, hit coastal fishermen’s incomes

Coastal fishermen could see their catches and earnings decline if the anticipated El Niño phenomenon brings extreme heat, potentially pushing fish further offshore and beyond the reach of small-scale fishing boats.

Malaysia’s F1 return generates nearly RM950m in economic impact

Malaysia’s return to the Formula 1 calendar has generated an estimated RM950 million in economic impact, with Bahrain covering the hosting rights fees for the event at Sepang International Circuit (SIC).

‘Baba-Baba’ arrangements emerging alongside ‘Ali Baba’ practices: Minister

Rent-seeking in Malaysia appears to be taking on forms beyond conventional “Ali Baba” arrangements, with so-called “Baba-Baba” practices also coming under scrutiny, Economy Minister Akmal Nasrullah Mohd Nasir said.

Young Malaysians spend RM5.4 billion through BNPL schemes in six months

Malaysians aged 30 and below made RM5.4 billion worth of purchases through Buy Now, Pay Later (BNPL) schemes in the first half of 2026, with RM96.8 million in outstanding payments, as the government strengthens safeguards against excessive borrowing.

Most Viewed

spot_img