the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
31.7 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

PADU perlu lalui audit keselamatan berkala

PUTRAJAYA: Dengan mengambil kira risiko ancaman serangan siber dan kemunculan teknologi baharu, kerajaan perlu melaksanakan audit keselamatan berkala terhadap Sistem Pangkalan Data Utama (PADU), kata Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia (CSM) Datuk Dr Amirudin Abdul Wahab.

“Semakin luas rangkaian kita, maka semakin mudah kita terdedah. Kalau kita kata sekarang selamat, tak semestinya lima atau enam bulan akan datang ia masih selamat.

“Sebab itu, kita perlukan audit untuk pastikan keselamatan pangkalan data tersebut,” katanya ketika menjadi panel pada Forum ‘Memacu Peralihan Melalui PADU’ yang diadakan sempena Majlis Pelancaran PADU di sini hari ini.

Ahli panel lain dalam forum tersebut adalah Timbalan Ketua Pengarah (ICT) Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) Dr Fazidah Abu Bakar dan Pengarah Pusat Penyelidikan Kesejahteraan Sosial Universiti Malaya Prof Datuk Dr Norma Mansor.

Amirudin berkata CSM akan memainkan peranan strategik untuk melaksanakan penilaian keselamatan terhadap PADU, sama ada pada rangkaian pangkalan data dan hos PADU.

“Teknologi telah mengubah cara pengguna menjalankan perniagaan dan menawarkan peluang kepada capaian berterusan pada aplikasi baharu, bagaimanapun fleksibiliti berkenaan memperkenalkan risiko dan ancaman keselamatan siber,“ katanya.

Sementara itu, Norma berkata PADU bakal menjadi ‘pengubah keadaan’ dalam negara, justeru data di dalamnya perlu dikemas kini secara berkala untuk mengelakkan ia menjadi data statik.

Beliau berkata pengemaskinian berkala akan menjadikan integrasi data lebih berkesan pada masa sama dapat mengelak pertindihan maklumat daripada pelbagai jabatan.

“Kita tidak mahu lagi orang yang telah meninggal dunia masih ada dalam data PADU dan mendapat bantuan, atau kita tidak mahu seorang mendapat bantuan kerusi roda daripada tiga entiti yang berlainan,” katanya.

Norma berkata keberkesanan PADU bergantung kepada tindakan proaktif setiap pemilik program seperti Jabatan Pendaftaran Negara, jabatan agama, dan lembaga zakat bagi terus menyalurkan bantuan kepada golongan memerlukan.

“Jika tidak, PADU adalah perpustakaan data semata-mata dan rakyat yang perlu dibantu akan terus tercicir,” katanya.

PADU adalah pangkalan data komprehensif yang mengandungi data mikro yang diintegrasikan daripada pelbagai sumber agensi kerajaan. Ia dibangunkan sepenuhnya oleh penjawat awam daripada tiga agensi utama iaitu Kementerian Ekonomi, Jabatan Perangkaan (DOSM) dan MAMPU serta turut melibatkan kerjasama pelbagai agensi lain. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Forest City SFZ Highlights Early JS-SEZ Traction as Investment Pipeline Expands

Forest City SFZ reported early progress under the Johor-Singapore Special Economic Zone, highlighting growing investment interest, family office incentives and improved cross-border connectivity as the economic corridor advances its strategy to attract regional businesses and long-term investment.

Jollibee Group brands recognized as top three most valuable restaurant brands in Brand Finance...

Jollibee Group brands Jollibee, Mang Inasal, and Chowking were recognized in the Brand Finance Philippines 50 2026 report as the country's top three most valuable restaurant brands, with Jollibee leading the restaurant sector and accounting for around 80% of total restaurant brand value.

Cigna Healthcare Hong Kong enhances VHIS Flexi Plan (Superior) with expanded regional medical coverage...

Cigna Healthcare Hong Kong today announced enhancements to its Cigna VHIS Series – Flexi Plan (Superior), strengthening its medical insurance offering to help customers better manage rising healthcare costs and access quality health care locally, regionally and overseas.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings