the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
27.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Panglima ATM: Keprihatinan Agong pembakar semangat pertahan kedaulatan negara

KUALA LUMPUR: Keprihatinan dan kemesraan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (gambar) selama lima tahun sebagai pemerintah tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sentiasa membakar semangat warga tentera menjalankan amanah demi mempertahankan kedaulatan negara.

Panglima ATM Jen Tan Sri Mohammad Ab Rahman berkata keperibadian tinggi Seri Paduka Baginda menjadi pendorong seluruh ATM berusaha memacu kecemerlangan angkatan tentera demi nusa dan bangsa.

“Sesungguhnya, ia membawa seribu kenangan untuk patik-patik warga ATM. Ketahuilah bahawa, kemesraan dan kecaknaan ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku selama lima tahun sebagai pemerintah tertinggi ATM sentiasa menjadi pembakar semangat untuk patik-patik sekalian melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan demi mempertahankan kedaulatan negara dan memacu kecemerlangan ATM,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Santapan Ringan sempena Istiadat Menjunjung Kasih Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-16, di Wisma Perwira Tentera Darat, di sini hari ini.

Turut berangkat Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Mohammad berkata seluruh warga ATM berikrar akan sentiasa menumpahkan sepenuh taat setia kepada raja dan negara.

“Patik juga turut merafakkan doa ke hadrat Allah SWT agar melimpahkan ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Tuanku berdua serta putera-putera, puteri-puteri dan seluruh kerabat diraja dengan taufik dan hidayah, dipanjangkan umur, serta terus memperoleh keafiatan dengan penuh kedaulatan dan kebesarannya,” katanya.

Terdahulu, Seri Paduka berdua berkenan berangkat ke Istiadat Perbarisan Menjunjung Kasih.

Istiadat perbarisan berkenaan yang diadakan bersempena dengan tamat pemerintahan Al-Sultan Abdullah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 30 Jan ini berlangsung di Kem Perdana, Sungai Besi di sini.

Al-Sultan Abdullah memegang tampuk kepimpinan negara selama lima tahun bermula 31 Jan 2019 selepas menggantikan Sultan Muhammad V iaitu Yang di-Pertuan Agong ke-15.

Kali terakhir istiadat sama diadakan adalah pada 2016 semasa Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah menamatkan tempoh sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14.

Istiadat itu melibatkan 40 pegawai dan 888 anggota lain-lain pangkat daripada ketiga-tiga ketumbukan ATM iaitu tentera darat, laut dan udara. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings