the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Panglima: TDM harap pembinaan kem di Lahad Datu diselesaikan segera

KOTA KINABALU: Tentera Darat (TDM) berharap projek pembinaan kem di Felda Sahabat, Lahad Datu akan diselesaikan secepat mungkin dalam usaha mengukuhkan tahap keselamatan negara terutamanya di pantai timur Sabah.

Panglima Tentera Darat Jen Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan berkata projek itu masih dalam peringkat awal dan selain meningkatkan tahap keupayaan serta kesiapsiagaan menangani ancaman semasa, kem itu juga akan menempatkan anggota TDM yang kini terpaksa menyewa di luar kawasan kem.

“Kita berharap (pembinaan kem) diselesaikan dengan secepat mungkin dalam tempoh pelaksanaannya dan ia sebenarnya dapat mengatasi masalah penempatan sementara yang dihadapi Markas 13 Briged sejak penubuhannya.

“Dengan siapnya kem itu nanti akan dapat menempatkan Markas 13 Briged dan unit-unit organik dan penempatan rumah keluarga bagi anggota yang berkhidmat di briged, termasuk pasukan-pasukan di bawah naungan unit berkenaan,” katanya kepada pemberita pada Majlis Hari Terbuka Tentera Darat dan Sambutan Hari Krismas di Dewan Kinabalu, Kem Lok Kawi di sini.

Turut hadir Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Brig Jen Datuk Al-Hambra Tun Juhar yang juga Komander Regimen 507 Askar Wataniah.

Pada 10 Feb lepas, Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan mengumumkan sebuah kem TDM akan dibina di Felda Sahabat dengan kos RM646.15 juta.

Sementara itu, Muhammad Hafizuddeain berkata lawatan sulung beliau ke Sabah bertujuan untuk melihat dengan lebih dekat dan berbincang secara mendalam perkara berkaitan tadbir dan logistik serta operasi TDM, antaranya pelaksanaan projek Rumah Keluarga Angkatan Tentera di Kem Lok Kawi. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Lebanon and Israel set for next talks in Italy

Lebanon and Israel will hold their next US-brokered talks in Italy on August 4 as both sides begin implementing a plan for Israeli withdrawals and Lebanese army deployments.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings