the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pascabanjir: Wira merah terus siap siaga, selenggara aset

KOTA BHARU: Penutupan pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Gual To’Deh di Rantau Panjang, Pasir Mas semalam menandakan pulih sepenuhnya banjir gelombang ketiga di Kelantan.

Di sebalik perkembangan positif itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan masih dalam keadaan siap siaga untuk menghadapi sebarang kemungkinan selain turut bersedia untuk operasi pascabanjir.

Ia termasuk kerja-kerja menyelenggara hampir 150 kenderaan utiliti yang digunakan sejak bencana alam itu mula melanda Kelantan pada 21 Nov lepas.

Penolong Pengarah Bahagian Kejuruteraan JBPM Kelantan Mohd Emyzan Mohd Apandi berkata semua aset terlibat perlu diselenggara secepat mungkin bagi memastikan ia boleh diatur gerak untuk operasi seterusnya.

“Kita akan buat kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan terhadap aset-aset seperti lori, kenderaan utiliti, kenderaan marin yang terlibat. Kerja-kerja penyelenggaraan turut melibatkan aset-aset yang dipinjam daripada Terengganu, Perak, Selangor dan Negeri Sembilan.

“Sebelum dipulangkan balik kepada negeri-negeri tadi, kita akan buat kerja-kerja untuk flushing, servis dan kita akan pastikan kenderaan-kenderaan tadi berada dalam keadaan baik dan bersedia untuk digunakan untuk kesiapsiagaan operasi bomba,“ katanya kepada Bernama TV, di sini hari ini.

Dipacu kekuatan 10 anggota, bahagian kejuruteraan JBPM Kelantan mampu menyelenggara dan membaik pulih lima hingga enam kenderaan utiliti dengan tempoh kurang sehari bergantung kepada laporan keadaan yang diterima.

Tambah Mohd Emyzan, bahagian itu mengeluarkan kos sekitar RM20,000 hingga RM50,000 setahun untuk mempersiapkan aset bomba selepas banjir.

“Kita akan periksa dulu kerosakan yang berlaku contoh pada bahagian enjin, sistem gear dan sebagainya yang kita terima dalam sistem pemantauan penyenggaraan berkomputer (CMMS).

“Kebiasaannya dalam sehari sudah siap dan kita akan membuat pengujian terlebih dahulu sebelum diserahkan kembali ke balai atau negeri masing-masing,“ katanya.

Untuk rekod, JBPM Kelantan telah menggerakkan hampir 1,272 pegawai dan anggota bomba serta 148 aset melibatkan 20 lori, van (11), bot (65), pacuan empat roda (51) dan sebuah helikopter bagi menghadapi banjir musim ini. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings