the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

PDRM bekerjasama dengan ONBC dan polis Laos siasat kes raja dadah Malaysia

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) menjalin kerjasama dengan Lembaga Kawalan Narkotik (ONCB) Thailand dan polis Laos berhubung kes penahanan seorang lelaki yang didakwa sebagai ‘raja dadah Malaysia’ di Laos baru-baru ini.

Pengarah JSJN Bukit Aman Datuk Seri Mohd Kamaruddin Md Din (gambar) berkata siasatan lanjut dilakukan bagi membolehkan segala tindakan yang perlu diambil untuk memastikan kegiatan pengedaran dan penyeludupan dadah terutama di Malaysia dapat dibenteras tanpa sebarang kompromi.

“Suspek yang berusia 41, ditahan di Vientiane, Laos pada 28 Dis lepas atas kesalahan tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah di bawah Akta Imigresen Laos dan ONCB Thailand telah mencadangkan agar dia diusir ke Thailand kerana berada dalam senarai hitam di bawah kesalahan dadah di negara itu.

“Siasatan awal mendapati lelaki yang berasal Parit Buntar, Perak itu dipercayai turut mempunyai kaitan dengan rangkaian sindiket di negara ini,” menurutnya dalam kenyataan di sini hari ini dan mengesahkan telah menerima pemakluman tentang penahanan itu daripada pihak berkuasa kedua-dua negara.

Polis Thailand dalam kenyataan hari ini memaklumkan suspek telah ditahan dalam operasi bersama Thailand-Laos minggu lepas.

Suspek bersama anggota penting sindiket dilaporkan bersembunyi di negara itu dan dipercayai merupakan dalang utama dalam membekal serta menyelaras aktiviti dadah di kawasan Segi Tiga Emas sejak 2006. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Lebanon and Israel set for next talks in Italy

Lebanon and Israel will hold their next US-brokered talks in Italy on August 4 as both sides begin implementing a plan for Israeli withdrawals and Lebanese army deployments.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings